BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Melaka Peruntuk RM300,000 Insentif Kepada Persatuan, NGO Pelancongan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Melaka Peruntuk RM300,000 Insentif Kepada Persatuan, NGO Pelancongan​

062f1d31bbcaf302e7fed710b67ed7636a58a94d898c3

17954ceeca66e62cc233221c8a8b5ee06a58a960a215d

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) menyampaikan Insentif Khas untuk persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan, seni, warisan dan budaya kepada Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter Khairulnizam Kasim (dua, kanan) di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA

Melaka memperuntukkan RM300,000 menerusi Insentif Khas kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan, seni, warisan dan budaya bagi tahun ini sebagai usaha memperkasakan peranan penggiat industri itu dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kelayakan pemohon adalah kepada persatuan dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta aktif dalam bidang pelancongan, seni, warisan atau budaya.

"Kerajaan Negeri Melaka berharap pemberian insentif khas ini dapat meningkatkan peranan semua persatuan dan NGO ini sebagai rakan strategik, di samping menyuntik semangat serta meningkatkan keupayaan mereka untuk lebih proaktif dan berdaya saing.

"Usaha ini seiring dalam menyokong usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui aktiviti pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada lapan persatuan di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua persatuan dan NGO utama negeri itu masing-masing menerima RM10,000, iaitu Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Persatuan Agen Kembara Malaysia (MATTA) Melaka Chapter, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia Melaka (MyBHA).

Turut menerima insentif itu ialah Persatuan Pengusaha Homestay Negeri Melaka, Persatuan Pengusaha Resort dan Chalet Bumiputera Negeri Melaka, Malacca Historic City Tourist Guide Association serta Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM).

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata permohonan insentif itu perlu dikemukakan sebelum penghujung Oktober bagi membolehkan proses penilaian dan penyaluran bantuan diselesaikan sebelum penutupan akaun kerajaan negeri pada hujung tahun.

Beliau berkata setiap permohonan perlu disertakan borang permohonan, surat iringan dan kertas kerja program atau aktiviti yang ingin dilaksanakan sebelum dinilai oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri.

"Jumlah bantuan yang boleh dipohon adalah antara RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada penilaian terhadap kertas kerja dan program yang dicadangkan.

 
Back
Top
Log in Register