BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Peruntuk RM1 Juta Hidupkan Semula Pusat Bandar KL - Hannah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Peruntuk RM1 Juta Hidupkan Semula Pusat Bandar KL - Hannah​

79dc931ecbc0c5fb5a54437c50f0cc906a4df76a74f03

--kredit DBKL

Kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur 2026 bagi menyokong usaha pemeliharaan warisan dan menghidupkan semula kawasan pusat bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata program berkenaan menawarkan geran antara RM30,000 hingga RM100,000 bagi setiap projek yang diluluskan untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat, usahawan serta penggiat seni kreatif.

“Setiap kali saya meluangkan masa di Kuala Lumpur, saya sentiasa teringat kawasan ini menceritakan dua kisah pada masa yang sama. Satu ialah kisah tentang masa lalu manakala satu lagi ialah kisah yang sedang kita tulis bersama.

“Kejayaan Kuala Lumpur tidak seharusnya diukur berdasarkan pembangunan baharu semata-mata, sebaliknya sejauh mana orang ramai terus memilih untuk tinggal, bekerja, melabur dan kembali ke bandar raya ini. Itulah bandar Kuala Lumpur yang sedang kita bina bersama,” katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Hannah berkata peruntukan daripada Kementerian Kewangan itu memastikan seni, budaya dan warisan menjadi antara pemangkin utama ekonomi domestik.

“Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif UNESCO mengingatkan kita bahawa budaya bukan sekadar tentang memelihara warisan, ia juga berkaitan dengan penciptaan peluang pekerjaan, menarik kehadiran pengunjung serta memperkukuh ekonomi kita,” katanya.

Hannah berkata beliau mengutamakan usaha mentransformasikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai benar-benar berperanan sebagai pemudah cara bagi membolehkan ekonomi ibu negara terus berkembang.

“… dan saya membayangkan DBKL benar-benar mesra rakyat. Apabila orang ramai memikirkan tentang DBKL, saya tidak mahu mereka melihat DBKL sebagai penghalang. Tanggapan sebegitu perlu dihapuskan. DBKL mesti menjadi pemudah cara yang membolehkan bandar raya ini berkembang maju,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hannah berkata kriteria kelayakan penuh bagi permohonan dana itu akan diumumkan oleh Think City selaku rakan strategik yang menyelaraskan program berkenaan tidak lama lagi.

 
Back
Top
Log in Register