BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SFV Keluarkan 10 Tan Hasil Makanan Sokong Keterjaminan Bekalan SelangorÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SFV Keluarkan 10 Tan Hasil Makanan Sokong Keterjaminan Bekalan SelangorÂ​

14e5f70e3b8dab538be8205db0f338dc6a561345271db

423c2d7bc4f5929f3bc9e3354e51457d6a56136c41a6a

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika sidang media pada Program Familiarisation PKPS di Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Selangor Fruit Valley (SFV) menghasilkan lebih 10 tan pelbagai jenis buah-buahan dan hasil pertanian setakat tahun ini, bagi menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata pengeluaran itu, melibatkan pelbagai jenis buah-buahan termasuk durian dan rambutan serta tanaman jagung, dengan jumlah pengeluaran dijangka terus meningkat sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata SFV tidak menetapkan sasaran pengeluaran mengikut komoditi tertentu, sebaliknya memberi tumpuan kepada memaksimumkan penggunaan keseluruhan kawasan seluas 1,000 hektar yang dimiliki.

“Sepanjang tahun lepas, SFV merekodkan hasil sebanyak RM7 juta daripada aktiviti pertanian, agropelancongan dan penyertaan usahawan, selain mencatat keuntungan RM1.5 juta," katanya pada sidang media selepas  sesi Fam Trip @ Selangor Fruit Valley di Bistari Jaya, hari ini.

Mohamad Khairil berkata kejayaan itu turut mendorong kerajaan negeri memberi mandat kepada PKPS untuk menerajui agenda keterjaminan makanan menerusi Sel Agro Solution.

Beliau berkata antara inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah pembangunan Gudang Makanan Selangor, yang berupaya membekalkan makanan selama tiga bulan sekiranya berlaku gangguan akibat bencana atau krisis.

“Jika berlaku apa-apa bencana atau bekalan makanan dari luar negara terputus, rakyat Selangor mempunyai persediaan bekalan makanan sehingga tiga bulan,” katanya.

Mengulas mengenai tanaman nadir, Mohamad Khairil berkata PKPS sedang membangunkan kira-kira lima ekar kawasan melibatkan spesies seperti sentul, rambai, kundang, keranji, cermai belanda dan belimbing buluh, sebagai sebahagian usaha penyelidikan dan pemuliharaan.

Beliau berkata projek itu turut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan bagi mengkaji kesesuaian tanaman nadir di kawasan hutan yang pernah diceroboh, selain membuka potensi pasaran niche untuk buah-buahan tempatan.

 
Back
Top
Log in Register