BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknologi Nuklear Bantu Keselamatan Dan Keterjaminan Makanan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Teknologi Nuklear Bantu Keselamatan Dan Keterjaminan Makanan​

791451cf1895020c5bcbc4a0479e467a6a892bd12012d

f9c06eaf8b60f85a730fd53a9b6b69346a892c03ca30a

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin menyampaikan ucapan pada Program Advokasi Nuklear: Nuklear Untuk Rakyat (N.U.R)@Wanita hari ini.

Pembangunan varieti tanaman baharu menggunakan teknologi nuklear berpotensi menyumbang kepada keterjaminan makanan negara, namun proses penyelidikan sehingga peringkat komersial lazimnya mengambil masa beberapa generasi bagi memastikan benih yang stabil.

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin berkata tempoh berkenaan bergantung kepada kitaran tanaman, dengan setiap varieti perlu melalui sekurang-kurangnya lima generasi sebelum boleh mendapat pengesahan pihak berkuasa berkaitan.

"Contohnya untuk ubi kayu nuklear, satu generasi boleh mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan berbanding ubi kayu sedia ada. Ini membolehkan ubi kayu nuklear memberikan hasil yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Selain itu, ubi kayu yang dihasilkan mempunyai ciri yang lebih baik seperti kurang serat, cepat empuk dan bertekstur lembut.

"Kita perlu pastikan benih baharu itu stabil dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki sebelum ia boleh dibawa ke peringkat komersial," katanya kepada pemberita selepas Program Advokasi Nuklear: Nuklear Untuk Rakyat (N.U.R)@Wanita, di sini hari ini.

Beliau berkata Agensi Nuklear Malaysia bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Jabatan Pertanian bagi menjalankan ujian tanaman di plot yang ditetapkan.

Katanya, pengesahan pihak berkuasa penting sebelum sesuatu benih atau produk pertanian baharu boleh dikomersialkan.

Teknologi nuklear ketika ini digunakan dalam penyelidikan beberapa tanaman strategik termasuk padi, ubi kayu dan jenis ubi yang lain serta pisang, selain rumput makanan ternakan.

Bagi padi, Muhammad Rawi berkata dua varieti benih telah dihasilkan menerusi penggunaan teknologi berkenaan dan mempunyai ciri yang lebih tahan terhadap penyakit, perubahan iklim dan hasil yang tinggi.

"Tanaman padi NMR152 dapat ditanam lima musim dalam tempoh dua tahun. Hal ini dapat meningkatkan pengeluaran beras negara dan pendapatan petani," katanya.

 
Back
Top
Log in Register