BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proram Ikan Rakyat Sabah Perkukuh Keterjaminan Makanan, Sokong Nelayan -- SAFMA

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Proram Ikan Rakyat Sabah Perkukuh Keterjaminan Makanan, Sokong Nelayan -- SAFMA​

8f9524a4fbd27d0ddd85fb6eb2e98e176a66c958468b6

35fbbc52d401d8f42d1ced307282457f6a66c92f06f74

Kredit SAFMA

Program Ikan Rakyat Sabah yang dikendalikan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negeri sekali gus memastikan bekalan ikan segar berkualiti yang berterusan pada harga berpatutan.

Pengurus Besarnya Burhan Japar berkata program berkenaan diperkenal bagi memastikan semua lapisan masyarakat terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada sumber protein berkualiti tanpa dibebani oleh peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata program itu memberi manfaat kepada pengguna serta meningkatkan pendapatan nelayan tempatan menerusi pembelian terus hasil tangkapan mereka sekali gus mewujudkan rantaian bekalan perikanan yang lebih cekap dan mampan.

"Program ini memastikan bekalan yang mencukupi, segar dan selamat untuk dimakan manakala kesejahteraan ekonomi komuniti nelayan pula diperkukuh bagi menyokong pembangunan industri perikanan Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyertai program Road to MAHA 2026 Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Burhan memberitahu penyertaan SAFMA dalam acara Road to MAHA 2026 Labuan turut menjadi platform untuk mempromosikan program berkenaan selain mempamerkan perkhidmatan, produk berasaskan makanan laut serta peluang yang ditawarkan melalui pendaftaran program Rakan Perniagaan SAFMA.

Katanya, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai produk makanan laut, menikmati hidangan "Menu Rakyat" berasaskan makanan laut serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang dianjurkan sepanjang pameran berkenaan berlangsung.

Burhan menjelaskan selaras dengan aspirasi ekonomi biru Sabah untuk memanfaatkan dan memelihara sumber marin serta pesisir pantai, SAFMA akan terus memperluas Program Ikan Rakyat Sabah melalui pembangunan kemudahan bilik sejuk beku, bekalan ais blok dan produk makanan laut bernilai tambah.

 
Back
Top
Log in Register