BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NAFAS Perkukuh Daya Tahan Rantaian Bekalan Baja, Sokong Keterjaminan Makanan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

NAFAS Perkukuh Daya Tahan Rantaian Bekalan Baja, Sokong Keterjaminan Makanan Negara​

e814d66da9bca45f0db440a347a519fb6a2aaeeee7c0a

244d9eb87efbda60ec0554116cec62b66a2aaf0a3bda4

5d00ff14655774a342fd781e4da73cbc6a2aaf1ce046d

dd4814e728971d487293a5043d5ad80d6a2aaf30acf4d

22893bd05608430a898d7c8548de6ae76a2aaf438ac51

Kredit: NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus memperkukuh daya tahan rantaian bekalan baja negara melalui pelbagai langkah strategik bagi memastikan kelangsungan bekalan input pertanian dalam menghadapi cabaran pasaran global yang semakin dinamik.

Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin berkata walaupun industri baja global masih berdepan ketidaktentuan harga bahan mentah, kos logistik dan faktor geopolitik, NAFAS bersama syarikat-syarikat subsidiarinya terus komited memastikan pembekalan baja kepada sektor pertanian negara berjalan lancar demi menjaga kebajikan dan kepentingan para pesawah.

“NAFAS sentiasa memantau perkembangan pasaran baja global dan melaksanakan pelbagai langkah mitigasi secara proaktif bagi memastikan kelangsungan pembekalan baja kepada para peladang.

“Walaupun kos perolehan bahan mentah masih berada pada paras yang tinggi, kedudukan stok bahan mentah dan ketersediaan produk siap berada pada tahap yang memuaskan bagi menyokong keperluan sektor pertanian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedudukan stok bahan mentah serta ketersediaan produk siap ketika ini berada pada tahap yang mencukupi bagi menampung keperluan pembekalan baja negara hingga Ogos 2026.

Muhammad Faris berkata keupayaan NAFAS mengekalkan kestabilan rantaian bekalan turut diterjemahkan melalui kejayaan memperoleh kepercayaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerusi penganugerahan tender pembekalan baja bagi menyokong keperluan pesawah di kawasan MADA.

Beliau berkata kejayaan itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap keupayaan NAFAS dalam memastikan pembekalan baja yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan sektor pertanian negara.

Selain memperkukuh perancangan perolehan bahan mentah dan pengurusan rantaian bekalan, NAFAS turut meneruskan kerjasama strategik bersama kerajaan serta pemain industri utama bagi memperluas akses kepada sumber bekalan yang lebih mampan dan kompetitif.

Menurut NAFAS, kerjasama strategik antara Malaysia dan Australia yang diumumkan sebelum ini dijangka memberikan impak positif terhadap kestabilan bekalan bahan mentah kritikal industri baja, khususnya Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) yang digunakan dalam penghasilan baja sebatian bagi sektor padi.

 
Back
Top
Log in Register