BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sesi Persekolahan 2026/2027 Bermula Hari Ini Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
114d528bdf85e102935922ababb00a1e69632b50caeac

71854ea41b1a0a2e1219d95bebb7c90469632bf54e2fb

e077fcc528646cea0f1956ae5758daab69632c39003a4

7b9d9867ce48aae2f301bce1e11d6f2f69632c61f2f6d

b2a153723a907caf325bb998ddae080c69632cb1ed8e2

59980adf8a748010d48e3fb68bce149c69632ce87106d

6db7174794ea0378489b8974a9eac5bc69632d02cc13e

Gelagat murid tahun satu Nik Mohamad Iman Rafif Nik Masrur memulakan hari pertama sesi persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. Di Terengganu, seramai 256,822 murid dan pelajar di 507 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sesi persekolahan 2026/2027 bagi semua sekolah Kumpulan A di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan hampir satu juta murid dan pelajar bermula hari ini dalam keadaan lancar.

Di KEDAH sebanyak 345,259 murid di 753 sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah Abdul Rahim Mat berkata jumlah itu melibatkan 199,208 murid di 548 sekolah rendah dan 146,051 murid di 205 sekolah menengah.

“Seramai 29,004 murid memasuki Tahun Satu dan 28,778 murid memasuki Tingkatan Satu, manakala  30,674 guru telah melaporkan diri pada tahun ini.

“Operasi sekolah di seluruh Kedah setakat ini berjalan lancar. Fokus utama JPN Kedah pada tahun ini adalah menangani isu keciciran dan ketidakhadiran murid, dan kita mahu memastikan semua murid hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar sempena hari pertama sesi persekolahan 2026.

Sementara itu di KELANTAN sebanyak 333,206 jumlah murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah memulakan sesi persekolahan di semua sekolah di seluruh negeri.

Menurut JPN Kelantan, jumah itu melibatkan 204,389 murid sekolah rendah  dan 128,817 pelajar sekolah menengah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat telah dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) yang pertama di negeri itu.

Beliau berkata penaiktarafan daripada kategori K9 sebelum ini melibatkan pelaksanaan penambahan kemudahan secara berfasa bagi menangani isu kepadatan murid tanpa perlu membina sekolah baharu yang memerlukan tempoh lebih lama.

 
Back
Top
Log in Register