BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Giat Laksana Persiapan Kurikulum Persekolahan 2027 - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

KPM Giat Laksana Persiapan Kurikulum Persekolahan 2027 - Fadhlina​

a7244f34b904388ebe9608e2cd424daa6a65f902349f2

--kredit FB Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat membuat persiapan bagi Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan dilaksanakan dengan melibatkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata persediaan bagi kemasukan awal murid Tahun Satu turut dilaksanakan di semua peringkat, selaras dengan usaha reformasi pendidikan negara berpandukan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

“RPM 2026-2035 menjadi kompas hala tuju strategik dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata Program TEKAD KPM peringkat daerah Seberang Perai Selatan yang berlangsung semalam menjadi jambatan menghubungkan kementerian itu dengan warga pendidikan serta masyarakat.

Program berkenaan, katanya membolehkan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kementerian disampaikan secara terus, sekali gus membina kefahaman lebih baik dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata agenda reformasi pendidikan hanya akan berjaya menerusi penglibatan menyeluruh dan sokongan semua pihak yang perlu bergerak seiring sebagai satu pasukan dalam usaha membina ekosistem pendidikan lebih baik untuk anak-anak Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register