BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TDM Laksana Eksesais Gerak Pantas 2026 Di Kelantan, Terengganu Bermula Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
17daac7c3004bf2692f2697b81a8ccc86a00a12147b6b

b37d8d1e35b20b4529a91f6627cca0446a00a12a0c992

fb Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais Gerak Pantas 2026 di Kelantan dan Terengganu bermula esok hingga 15 Mei ini bagi menguji tahap kesiagaan tempur dan keupayaan operasi pasukan dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan negara.

TDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan eksesais tahunan itu melibatkan pasukan 10 Briged (Para) dengan kawasan operasi di Kelantan meliputi Cherang Ruku dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut dan Kuala Terengganu.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak cemas sekiranya terdapat pergerakan anggota dan konvoi tentera, penerbangan aset udara serta bunyi letupan di kawasan terlibat sepanjang tempoh latihan dilaksanakan terutamanya ketika fasa serangan akhir eksesais yang akan dilaksanakan pada 15 Mei di sekitar kawasan Empangan Tok Gong, Besut, Terengganu.

“Semua aktiviti latihan dilaksanakan secara terancang dan terkawal dengan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan awam,” menurut kenyataan itu.

TDM turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu, semua agensi keselamatan yang terlibat serta masyarakat setempat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan eksesais berkenaan demi memperkukuh kesiapsiagaan angkatan tentera dan mempertahankan kedaulatan negara.

 
Back
Top
Log in Register