kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,712
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,712
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Gelagat murid tahun satu Nik Mohamad Iman Rafif Nik Masrur memulakan hari pertama sesi persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. Di Terengganu, seramai 256,822 murid dan pelajar di 507 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Sesi persekolahan 2026/2027 bagi semua sekolah Kumpulan A di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan hampir satu juta murid dan pelajar bermula hari ini dalam keadaan lancar.
Di KEDAH sebanyak 345,259 murid di 753 sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah Abdul Rahim Mat berkata jumlah itu melibatkan 199,208 murid di 548 sekolah rendah dan 146,051 murid di 205 sekolah menengah.
“Seramai 29,004 murid memasuki Tahun Satu dan 28,778 murid memasuki Tingkatan Satu, manakala 30,674 guru telah melaporkan diri pada tahun ini.
“Operasi sekolah di seluruh Kedah setakat ini berjalan lancar. Fokus utama JPN Kedah pada tahun ini adalah menangani isu keciciran dan ketidakhadiran murid, dan kita mahu memastikan semua murid hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar sempena hari pertama sesi persekolahan 2026.
Sementara itu di KELANTAN sebanyak 333,206 jumlah murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah memulakan sesi persekolahan di semua sekolah di seluruh negeri.
Menurut JPN Kelantan, jumah itu melibatkan 204,389 murid sekolah rendah dan 128,817 pelajar sekolah menengah.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat telah dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) yang pertama di negeri itu.
Beliau berkata penaiktarafan daripada kategori K9 sebelum ini melibatkan pelaksanaan penambahan kemudahan secara berfasa bagi menangani isu kepadatan murid tanpa perlu membina sekolah baharu yang memerlukan tempoh lebih lama.
Sesi Persekolahan 2026/2027 Bermula Hari Ini Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu
rangkuman, sekolah, Kedah, murid, JPN, Kelantan,