BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Lemas, Lima Selamat Dalam Kejadian Bot Nelayan Terbalik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Seorang Lemas, Lima Selamat Dalam Kejadian Bot Nelayan Terbalik​

2c80778080ae5b6d1a8594cad6492ec96a425b2e5546e

Kredit: Orang awam

Seorang nelayan lemas manakala lima lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik berdekatan Pulau Sayak, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 12.10 tengah hari tadi.

"Kesemua nelayan tersebut adalah nelayan tempatan dan kesemua mangsa telah dibawa naik melalui Tanjung Dawai.

"Mangsa yang maut berusia 27 tahun manakala lima lagi yang terselamat berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun," katanya.

Beliau berkata mayat nelayan tersebut telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk bedah siasat.

"Lima lagi mangsa yang terselamat pula telah diberi rawatan di Tanjung Dawai sebelum disahkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sementara itu, difahamkan ketika kejadian kesemua nelayan terbabit dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai selepas aktiviti memukat ikan di kawasan perairan Batu Maung, Pulau Pinang.

 
Back
Top
Log in Register