BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Nelayan Dikhuatiri Hilang, Seorang Selamat Dalam Kejadian Bot Tenggelam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dua Nelayan Dikhuatiri Hilang, Seorang Selamat Dalam Kejadian Bot Tenggelam​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Dua nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan, selepas bot yang mereka naiki dipercayai tenggelam di perairan Kemaman kira-kira 27.9 batu nautika dekat sini dalam kejadian tengah malam semalam (Rabu).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata bot berkenaan dipercayai tenggelam dalam kejadian ribut pada 12.30 tengah malam, selepas mereka keluar menangkap ikan pada 11.30 pagi Selasa lepas.

Beliau berkata, dua mangsa dikhuatiri hilang tekong Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, manakala nelayan yang selamat pula Mahadi Jusoh, 51.

“Mangsa yang selamat itu ditemukan oleh nelayan lain di perairan Kemaman pada 10.30 pagi tadi, sebelum dibawa naik di Jeti Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa yang selamat pada 10 malam ini.

Sementara itu Pengarah Maritim Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah berkata bot Penggalang 16 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya usaha pencarian terpaksa dihentikan sementara malam ini, berikutan keadaan laut bergelora serta cuaca buruk yang menyukarkan operasi dan akan disambung semula pagi esok.

 
Back
Top
Log in Register