BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Lemas, Seorang Selamat Dalam Kejadian Kepala Air Di Kulim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Lemas, Seorang Selamat Dalam Kejadian Kepala Air Di Kulim​

ea21a7b510845644bc5a4586b1df409e6a59f5cd36c6b

09c59f84870dccae2c7dde96f90709446a59f63214120

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Tiga individu maut manakala seorang lagi terselamat selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian fenomena kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, dekat Kulim hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima makluman daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 2.38 petang.

Beliau berkata mangsa yang maut terdiri daripada seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki manakala mangsa yang terselamat ialah seorang kanak-kanak lelaki.

Syamsul bagaimanapun berkata identiti kesemua mangsa belum dapat disahkan setakat ini.

“Kejadian itu disyaki berpunca daripada fenomena kepala air. Ketika kejadian, siren kecemasan di lokasi berkenaan juga dilaporkan mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.27 petang sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba menerima maklumat mengenai kejadian kepala air di pusat peranginan air terjun Sungai Sedim yang melibatkan beberapa mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal, tiga mangsa, iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras di kawasan puncak bukit.

“Anggota bomba menjalankan operasi pemantauan dan pencarian di kawasan berkenaan sebelum dimaklumkan oleh orang awam bahawa semua mangsa ditemukan terapung di kawasan pertengahan bukit. Pasukan bomba kemudian berjaya membawa keluar kesemua mangsa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register