BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapan Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Kejadian Kepala Air Di Cameron Highlands

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lapan Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Kejadian Kepala Air Di Cameron Highlands​

1118d561a44890833c9fa3a753bea2286a047d7c810a1

Kredit: JBPM Pahang

Lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas berdepan detik cemas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Mensun, di Kampung Orang Asli Terisu, Cameron Highlands hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan lapan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan empat hingga 12 tahun itu pada 5.10 petang tadi.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands telah bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sungai berkenaan setengah jam kemudian.

“Sejurus tiba di lokasi, bomba memulakan operasi dengan menggunakan tali untuk menyeberangi sungai bagi menyelamatkan kesemua mangsa yang berada di atas batu ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 7.58 malam dan diserahkan kepada polis serta keluarga masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register