BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Maut, Tiga Lagi Hilang Dalam Kejadian Perahu Karam Di Baram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kanak-kanak Maut, Tiga Lagi Hilang Dalam Kejadian Perahu Karam Di Baram​

b45aa0a09dcf613d00bbd3676e6fd00a67821a70ecc42


Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan lemas manakala tiga lagi individu dipercayai masih hilang selepas perahu dinaiki mereka dipercayai karam di Sungai Seperot, berhampiran Long San, Baram.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari sebelum menghubungi Balai Polis Long Lama bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut.

“Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun (jantina belum dikenal pasti) telah ditemukan orang awam dan mayat mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Long San,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laporan polis, empat mangsa yang berasal dari Kampung Long Selatong dipercayai menaiki sebuah perahu menuju ke Klinik Kesihatan Long San pada 20 Julai, namun gagal pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi.

Mangsa yang masih hilang terdiri daripada dua lelaki dewasa berusia lingkungan 30-an dan 40-an serta seorang wanita berusia 30-an.

Penduduk kampung kemudiannya menemukan perahu yang dipercayai dinaiki mangsa dalam keadaan karam di Sungai Seperot.

JBPM memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilaksanakan bersama polis pada Rabu (22 Julai), dengan pasukan dijangka mengambil masa kira-kira lima jam melalui laluan jalan balak untuk tiba di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register