BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Ditemukan, Pencarian Dua Lagi Mangsa Di Pantai Tanjung Lompat Dipergiat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Seorang Ditemukan, Pencarian Dua Lagi Mangsa Di Pantai Tanjung Lompat Dipergiat​

b94866d67369ac698ea5b1b44558de0d6a9945423f35b

3cb93fd5ccd2ae3ab6fd32de379a5c566a99453ad5878


Seorang daripada tiga remaja yang masih hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi semalam, ditemukan pada 1.53 tengah hari tadi.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, ditemukan terapung kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mangsa pertama Alif Taqiuddin Kamal Hasrul semalam.

“Mayat dibawa ke pesisir pantai pada 2.50 petang dan pengecaman keluarga mengesahkan identiti mangsa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Mohamed Shafiee berkata mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Mohamad Haiman Fitri Supian yang masing-masing berusia 16 tahun sedang giat dijalankan melibatkan radius pencarian seluas tujuh batu nautika dari barat laut pantai tersebut.

Semalam, empat remaja dilaporkan hilang di pantai itu sebelum Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan penemuan mayat Alif Taqiuddin pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian lemas melibatkan enam remaja pada 8.19 pagi, namun dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam. Mereka dikatakan sebahagian daripada kumpulan 15 orang yang berkhemah di situ dari dua hari lepas.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa mengadakan solat hajat itu sebagai ikhtiar membantu operasi SAR yang masuk hari kedua hari ini yang turut melibatkan pelajar tahfiz Madrasatul Quran Ar-Redha, Taman Desaru Utama, selain turut melaungkan azan di pesisir pantai itu.

Segelintir ahli keluarga mangsa juga dilihat tidak dapat menahan sebak semasa mengaminkan doa.

 
Back
Top
Log in Register