BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Lemas Pantai Tanjung Lompat: Mangsa Ketiga Ditemukan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tragedi Lemas Pantai Tanjung Lompat: Mangsa Ketiga Ditemukan​

4648c62f53e0ecfbfefeeb6bda99eb996a9a6180a6754

f583091d73ab1fece9483eca1c85300e6a9a6163c865e

Jasad Muhammad Adib Hafiy Kamal, mangsa ketiga yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi, ditemukan di Tanjung Siang, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, Mohamad Haiman Fitri Supian, masih belum ditemukan dan operasi SAR diteruskan bagi mengesan mangsa berkenaan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang lagi mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat di sini ditemukan pagi ini, menjadikan tiga daripada empat remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang semasa mandi pada Rabu lepas telah ditemukan.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata Muhammad Adib Hafiy Kamal ditemukan pada 11.15 pagi oleh sebuah bot Persatuan Rekreasi Tanjung Lompat kira-kira 0.5 batu nautika ke arah tenggara perairan Tanjung Siang.

“Mangsa dinaikkan oleh bot PETIR 50 dan dipindahkan ke bot Kevlar KCB 24 untuk dibawa ke pantai. Pengecaman identiti mangsa telah dilakukan oleh waris,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diteruskan bagi mencari mangsa terakhir Mohamad Haiman Fitri Supian.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Pusat Kawalan Tempat Kejadian semasa mayat dibawa untuk proses pengecaman apabila bapa mangsa Kamal Mohamad didengari berkata “anak aku sudah pulang”.

Mohd Najib berkata SAR hari ketiga hari ini bermula pada 7 pagi dengan keluasan sektor pencarian diperluas kepada kira-kira 103 batu nautika persegi melibatkan 61 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Beliau berkata operasi pencarian terus diperluas dan diselaraskan berdasarkan perkembangan semasa, keadaan cuaca, laut dan arus serta maklumat diterima daripada pasukan di lapangan.

Pada Rabu lepas, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.19 pagi berhubung enam remaja lelaki dilaporkan lemas semasa mandi, namun dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam.

 
Back
Top
Log in Register