BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tanjung Lompat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Empat Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tanjung Lompat​

35c358ec17086dc9ead53809b5f16e006a97955fa9507

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor

Empat remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 8.19 pagi sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar digerakkan ke lokasi.

“Maklumat awal daripada orang awam terdapat enam mangsa lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda di pantai.

Dua daripada mangsa berjaya diselamatkan orang awam pada 7.45 pagi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Bomba memakluman empat mangsa yang masih belum ditemukan dikenali sebagai Alif Taqiudin, Mohd Haiman, Adib Rizqi dan Thaqif Rayyan.

Difahamkan kesemua mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 15 remaja yang datang berkhemah di kawasan berkenaan sejak 6.30 petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan setakat 10.40 pagi ini.

 
Back
Top
Log in Register