BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Perempuan Lemas Ketika Mandi Di Pantai Tanjung Badak, Tuaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Remaja Perempuan Lemas Ketika Mandi Di Pantai Tanjung Badak, Tuaran​

368146d4cf2b50eede63ab210f29ef7f674ed4d120101

--fotoBERNAMA

Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun ditemukan lemas manakala rakannya selamat selepas mereka dilaporkan hilang ketika berkelah dan mandi-manda di Pantai Tanjung Badak di Tuaran, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.59 petang.

“Menurut maklumat awal, seorang mangsa telah berjaya ditemukan oleh orang awam manakala seorang lagi masih belum dijumpai dan dikhuatiri hilang di laut,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah memaklumkan operasi mencari dan menyelamat kemudian dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air sekitar kawasan mangsa dilihat buat kali terakhir.

Mangsa pertama, yang juga seorang remaja perempuan berumur 15 tahun, berjaya diselamatkan dan menerima rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital manakala mangsa kedua ditemukan pada 5.08 petang.

Kenyataan itu memaklumkan bagaimanapun, mangsa kedua disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut JBPM, operasi yang membabitkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran itu ditamatkan sepenuhnya pada 6.07 petang.

 
Back
Top
Log in Register