BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 Serentak Di NADI Seluruh Negara, Sasar Rekod MBOR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 Serentak Di NADI Seluruh Negara, Sasar Rekod MBOR​

47531a98bacc4c4a4a05b175867880ed6a81ac8440e7e

30e9ce87b581713a23fb787ef583521b6a81acc42bf56

ce2e51a07ea52b4be294acf955ef681f6a81acac5abc6

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 dan Program MADANI Kita (PMK) Larkin di Dewan Kampung Melayu Majidee.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 akan berlangsung serentak di 1,098 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara pada 29 Ogos sempena sambutan Bulan Kebangsaan dengan sasaran penyertaan lebih 50,000 orang.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed berkata penganjuran program itu turut menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak menerusi rangkaian NADI.

Beliau berkata program itu akan menghimpunkan komuniti melalui aktiviti kecergasan yang mempromosikan gaya hidup sihat, kebersamaan dan semangat perpaduan.

“Kita mahu melihat gambaran yang cukup bermakna, iaitu dari Johor hingga ke Perlis (dan) Sabah hingga Sarawak, rakyat Malaysia bergerak bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan,” katanya ketika berucap melancarkan Program Senam Sihat MADANI bersempena Program MADANI Kita (PMK) Larkin di sini hari ini.

Aminurrahim berkata program itu antara inisiatif di bawah teras Kesejahteraan Kendiri dalam Perkhidmatan Pintar NADI yang menggalakkan komuniti membudayakan gaya hidup aktif serta menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 137,254 peserta dari seluruh negara telah mengikuti program di bawah teras Kesejahteraan Kendiri.

Di Johor Bahru sahaja, Aminurrahim berkata sebanyak 245 peserta telah menerima manfaat program itu serta aktiviti saringan kesihatan yang dilaksanakan melalui NADI setakat ini.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha memperkasakan kesejahteraan komuniti turut diketengahkan menerusi PMK Larkin.

Beliau berkata pelbagai perkhidmatan percuma kepada masyarakat disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan asas dan pergigian serta saringan risiko kesihatan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

 
Back
Top
Log in Register