BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

528 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Sasar Di Kawasan Pembinaan Seluruh Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

528 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Sasar Di Kawasan Pembinaan Seluruh Negara​

97b40953f4c849998bf429924cf629de6a90112a7857a

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia

Sebanyak 528 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Sasar di tapak pembinaan di seluruh negara sejak Selasa lepas hingga hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Basri Othman berkata 414 anggota dan pegawai JIM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Agensi Antidadah Kebangsaan terlibat dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata Ops Sasar dijalankan susulan aduan dan maklumat orang awam berhubung kehadiran serta aktiviti warga asing di lokasi terbabit, yang menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat.

"Sebanyak 678 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 528 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya kepada pemberita di satu lokasi serbuan di Setiawangsa, di sini hari ini.

Beliau berkata semua yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, China, dan Burkina Faso, melibatkan 450 lelaki dan 78 wanita berusia antara 29 hingga 54 tahun.

Basri berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

"Selain itu sebanyak sembilan Borang 29 (Saman kepada Saksi) telah dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan," katanya.

Basri berkata serbuan di tapak pembinaan di Setiawangsa hari ini turut mendedahkan terdapat warga asing dari negara Afrika yang mula bekerja dalam sektor pembinaan.

"Dalam serbuan itu, JIM telah menahan dua lelaki warga Burkina Faso dan Togo yang bekerja sebagai buruh binaan, ini sesuatu yang baharu dan perlu diberi perhatian sebelum ia berleluasa," katanya.

 
Back
Top
Log in Register