BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

128 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Mega Di Kelantan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,701
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,701
Reaction score
97
Points
80

128 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Mega Di Kelantan​

31cb7ae7cbc9d9f30a2bbbee97ffa81e6a7b40fde8c32

4198fe1ae9b67d72144586cfabbee2c76a7b41745e4cc

Kredit Imigresen

Seramai 128 warga asing ditahan dalam Ops Mega dan Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Kelantan di dua premis di Kuala Krai serta di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Garry Belayong John Siki berkata operasi bermula 8 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 316 individu terdiri daripada 162 rakyat Malaysia dan 154 warga asing, dengan 75 pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perhutanan Kelantan

“Kesemua 128 warga asing yang diperiksa di lokasi kedua di Kota Bharu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala tiada tangkapan dibuat di lokasi kilang papan di Kuala Krai yang melibatkan pemeriksaan terhadap 188 individu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 12 hingga 61 tahun itu terdiri daripada 46 warga Bangladesh, 18 warga Indonesia, enam warga Myanmar dan empat warga Pakistan ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala sembilan lagi mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama.

“Di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 pula, tangkapan membabitkan 50 lelaki warga Bangladesh, lapan lelaki warga Indonesia, tiga lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Pakistan,” katanya.

Menurut Garry, sebanyak enam Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan dan operasi itu dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pendatang tanpa izin, mengesan pelanggaran syarat pas serta permit selain memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen.

 
Back
Top
Log in Register