combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Imigresen Tahan 11 Warga Bangladesh Ditahan Dalam Ops Mega
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan 11 lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Mega Bersepadu (Ops Mega) yang dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini.
Operasi kira-kira dua jam bermula 10 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 38 individu di sekitar Arau, Beseri dan Kangar, terdiri daripada 14 warga tempatan dan 24 warga asing berusia antara 22 hingga 57 tahun.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Imigresen menahan 11 warga Bangladesh atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Mega yang dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini.
Pengarah Imigresen Perlis Mohammad A’sim Md Ali berkata operasi dua jam yang dijalankan di sekitar Arau, Beseri dan Kangar melibatkan 13 pegawai serta anggota penguat kuasa menyaksikan pemeriksaan ke atas 38 individu terdiri daripada 14 warga Malaysia dan 24 warga asing berusia antara 22 hingga 57 tahun.
“Daripada jumlah itu, seramai 11 warga Bangladesh ditahan, dengan 10 daripada mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen kerana melanggar syarat pas manakala seorang lagi disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya.
Mohammad A’sim berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Imigresen Wilayah Utara di Kuala Perlis dekat sini hari ini.
Beliau berkata tumpuan operasi itu ialah premis perniagaan serta lokasi pekerjaan warga asing tanpa melibatkan pemeriksaan di kediaman, dan kesemua tahanan dibawa ke Kompleks KDN di sini bagi proses dokumentasi sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang.
Di KELANTAN, Jabatan Imigresen menahan 16 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu bersama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Pengarahnya, Garry Belayong John Siki berkata operasi itu, yang melibatkan 18 pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan dan sembilan pegawai MPKB-BRI, dilaksanakan di beberapa premis perniagaan sekitar bandar Kota Bharu sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta mengesan kesalahan premis yang disyaki dikendalikan atau menggaji warga asing.
“Hasil pemeriksaan terhadap 57 warga asing mendapati 16 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan imigresen dan mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, lima warga Thailand, seorang warga India dan tiga warga Pakistan.
“Kesemua yang ditahan berusia antara 28 hingga 45 tahun membabitkan 11 lelaki dan lima wanita,” menurutnya dalam satu kenyataan.