BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

104 Warga Asing Ditahan Di Tapak Pembinaan Di Langkawi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

104 Warga Asing Ditahan Di Tapak Pembinaan Di Langkawi​

572f29c3baf1769af43fac113c87f41e6a7d4ca1d6e4f

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan sebanyak 104 warga asing dalam Ops Sapu di sebuah tapak pembinaan di Pantai Tengah, Langkawi, Selasa lepas.

JIM Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan melalui Unit Tindakan Imigresen itu bermula 3.15 petang, yang melibatkan 15 pegawai.

“Satu premis telah diperiksa, yang melibatkan pemeriksaan terhadap 129 orang terdiri daripada lapan warga tempatan, 100 (Bangladesh), dua (Myanmar) dan 19 (Indonesia).

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 104 pendatang warga asing lelaki telah ditahan, terdiri daripada 91 warga Bangladesh dan 13 warga Indonesia. Kesemua yang ditahan berumur antara 22 hingga 57 tahun," menurut kenyataan itu, hari ini.

JIM Kedah memaklumkan kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Satu Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang kompromi bagi membanteras kehadiran warga asing di negeri ini. Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji, melindungi atau memberikan perlindungan kepada warga asing yang melanggar undang-undang Imigresen,” menurut JIM Kedah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran atau sebarang pelanggaran undang-undang diminta menghubungi talian 04-733 3302, e-mel [email protected] atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://imi.spab.gov.my.

 
Back
Top
Log in Register