BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Sarawak Gempur Tapak Pembinaan, 39 Warga Asing Ditahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

JIM Sarawak Gempur Tapak Pembinaan, 39 Warga Asing Ditahan​

ca00382e2e8cb8aa4d03370d0b75bb5c6a0f133079de7

Kredit: FB Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 39 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan di beberapa tapak pembinaan dan rumah kongsi sekitar bandar raya berkenaan semalam dan hari ini.

JIM Sarawak dalam kenyataan memaklumkan individu yang ditahan berumur antara 18 hingga 56 tahun.

“Antara lokasi yang diserbu termasuk tapak pembinaan apartmen di Pending, projek perumahan di Bintawa serta rumah kongsi di kawasan perindustrian Demak Laut.

“Pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, antaranya tinggal lebih masa, bekerja tanpa pas atau permit kerja sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tujuan pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

JIM Sarawak memaklumkan kesemua yang ditahan telah dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching untuk tindakan lanjut dan siasatan terperinci.

“Dalam operasi sama, dua majikan turut dipanggil ke pejabat bagi membantu siasatan dan memberi keterangan berkaitan penggajian warga asing di premis terlibat,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register