BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Midea Catat Rekod MBOR Menerusi Pelancaran Serentak 18 Kedai Di Seluruh Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e1c5d8fd1d0e25a87ecb1a92a8a454c469300fdcc6c1a

7b0bbf03fdc318aa2f6a5b31f81935b969300ff5c3392

4444a4cbc9b0810b3538a3765eceb0dd6930101253e61

Kredit: Midea

Midea Malaysia hari ini mencatat satu pencapaian penting menerusi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, yang menerima pengiktirafan  Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pelancaran Cawangan Peralatan Elektrik Terbanyak dalam Satu Acara”.

Peluasan rangkaian di seluruh negara itu merangkumi 15 kedai baharu, dua Midea Pro-Shop serta satu bilik pameran di sini, yang menampilkan papan tanda baharu sekali gus mengubah kehadiran fizikal runcit Midea menerusi satu pelaksanaan bersepadu.

Pengarah Urusan Midea Malaysia Mark Tam dalam ucapannya berkata pelancaran itu ialah satu langkah signifikan untuk meningkatkan akses pelanggan dan mengukuhkan jenama ini dalam pasaran perkakas rumah yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

“Pelancaran serentak 18 kedai berkenaan bukan sekadar peluasan, ia juga mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea.

“Rakyat kini boleh menikmati penyelesaian rumah pintar kami, mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada pakar, serta khidmat sokongan selepas jualan yang lebih baik,” katanya.

Pelancaran serentak itu juga mengukuhkan lagi kepercayaan dan mempermudah pelanggan di samping menempatkan Midea pada kedudukan lebih kompetitif sebagai rakan rumah pintar pilihan di Malaysia.

Midea turut memperkenalkan siri SMART MASTER yang baharu, mencerminkan komitmen syarikat untuk mengetengahkan teknologi berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan berfokuskan pengguna menerusi ekosistem yang bersepadu dan bersambung.

Perasmian serentak di semua 18 lokasi itu, menampilkan pengiraan detik yang diselaraskan pada peringkat kebangsaan, menyaksikan semua kedai melancarkan papan tanda premis masing-masing pada masa yang sama.

Acara berkenaan disiarkan secara langsung di seluruh negara, termasuk menerusi laman Facebook Midea Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register