BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBOR: Setiu Catat Rekod Hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

MBOR: Setiu Catat Rekod Hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang​

f5102a9c1a7ae7170f125cdd2c8d434b6a3feb7e335dd

5c0a4ff989672f86b391ba99f71632776a3feba11f5bf

9bd67078bf9bd9bc82540cf2616a2f786a3fa7ec6e1ea

83cbb69700e4814acdcdcaa4620b3ff16a3fa81000f41

Daerah Setiu melakar sejarah apabila berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu di Laman Seri Rhu Sepuluh.

Daerah Setiu melakar sejarah baharu apabila hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang sepanjang satu kilometer secara rasmi tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini.

Pegawai Daerah Setiu Yusaini Amir Mohamad Nor berkata program ikonik anjuran Pejabat Daerah Setiu yang berlangsung di Laman Seri Rhu Sepuluh, Penarik itu dijayakan oleh 21 peserta terdiri daripada peniaga udang celup tepung sedia ada di sekitar Pantai Penarik dan Kampung Rhu Sepuluh.

Beliau berkata rekod berkenaan dicapai menerusi susunan 547 meja dengan penggunaan satu tan metrik udang, bersamaan dengan kira-kira 100,000 ekor udang.

"Kesemua bekalan udang itu disumbangkan sepenuhnya oleh penternak udang tempatan terkemuka, Blue Archipelago. Udang-udang ini digoreng sendiri oleh peniaga yang terlibat mengikut resipi, keunikan dan cara masakan masing-masing sebelum dihidangkan secara sebaris di sepanjang pesisir pantai," katanya kepada pemberita di lokasi program di Laman Rhu 10, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris yang menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan daripada pihak MBOR.

Yusaini Amir berkata terdapat kira-kira 40 peniaga udang celup tepung yang aktif beroperasi di Pantai Penarik dan Kampung Rhu Sepuluh.

Beliau berkata pihaknya berharap penganjuran program itu dapat terus mempromosikan produk pelancongan makanan daerah Setiu, sekali gus merancakkan ekonomi peniaga tempatan.

"Program ini dijangka menarik kehadiran ribuan pelancong dari dalam dan luar Terengganu, sekali gus meningkatkan kadar penginapan di inap desa serta hotel bajet berhampiran.

"Ia juga membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan produk hiliran tempatan seperti pengusaha keropok lekor, sos cili dan kraf tangan, sekali gus meletakkan Pantai Penarik sebagai hab pelancongan gastronomi utama negara," katanya.

 
Back
Top
Log in Register