BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

RM20 bilion untuk stabilkan bursa

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Indeks utama Bursa Malaysia FBM KLCI dan ringgit hari ini ditutup tinggi seiring dengan pengumuman Langkah-Langkah Proaktif Ekonomi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dengan mengaktifkan semula ValueCap, bersama dana sebanyak RM20 bilion untuk menstabilkan pasaran saham tempatan.


KLCI hari ini ditutup pada 1,639.63 mata, meningkat 36.03 mata atau 2.25 peratus walaupun semasa sesi dagangan tengah hari ia telah mencecah 1,645.49 mata. Sesi dagangan hari ini menyaksikan 2.19 bilion saham bertukar tangan bernilai RM2.23 bilion. Sebanyak 470 kaunter mencatatkan untung dan 342 lagi rugi.

Antara saham yang melonjak tinggi ialah Sime Darby naik 53 sen, Felda Global Ventures (FGV) naik 37 sen dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), naik 74 sen.

Penutupan itu membuatkan KLCI menjadi antara bursa serantau yang melonjak tinggi memandangkan Nekkei Jepun susut 298.52 mata, Bursa Saham Singapura susut 16.56 mata sementara Indeks Komposit Shanghai susut 85.44 mata.

Menurut JF Apex Securities Bhd. dalam laporan bursa hariannya, di sebalik langkah bank pusat Amerika Syarikat (AS) yang mahu menaikkan kadar faedah minggu ini, KLCI tetap mencatatkan peningkatan yang tinggi memandangkan pengumuman oleh Perdana Menteri itu dapat mengembalikan semula sentimen positif terhadap pasaran tempatan.

Ringgit hari ini kembali meningkat berbanding dolar AS apabila ditutup pada RM4.31, setelah berlegar antara RM4.33 sepanjang minggu lalu.

Menurut penganalisis firma penyelidikan pasaran, pengumuman mengenai ValueCap itu mampu menyuntik saham-saham yang dinilai rendah khususnya saham-saham minyak dan gas (O&G) tempatan yang kini merosot teruk kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia lebih 50 peratus dalam tempoh setahun.

“Saya fikir beberapa saham yang dinilai rendah akan mendapat faedah sepenuhnya daripada pengumuman ini. Bagaimanapun bagi saham-saham O&G, masih terdapat risiko untuk menyaksikan harga akan jatuh semula kerana ia bergantung terhadap harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$50 (RM215) setong,” katanya di sini hari ini.

Pengukuhan nilai mata wang dolar AS berikutan jangkaan bank pusat AS yang mahu meningkatkan kadar faedahnya telah menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran negara-negara membangun seperti Malaysia. Menurut kajian MIDF Research, dalam tahun ini sehingga awal Ogos, secara terkumpul, pelabur-pelabur asing secara bersih menjual kira-kira RM11.7 bilion pegangan saham mereka di Bursa Malaysia.

Selain itu, kejatuhan harga minyak juga menjejaskan ringgit memandangkan Malaysia merupakan negara pengeksport bersih minyak. Langkah China yang menurunkan nilai mata wangnya juga yang dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan eksport turut memberi kesan terhadap ringgit.

ValueCap ditubuhkan pada 2002 sebagai entiti bagi menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti.

Malah penglibatan syarikat itu telah memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Berhad.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...-yakinkan-bursa-1.136058#sthash.N82wYqrB.dpuf


bukan menstabilkan bursa tp nak buat duit. nape tak ckp terus terang jek. RM20 bil mane cukup nk bagi stabil. Tgk dah berapa ratus bil fed reserve us klur time QE1-3 ari tu. semua ni short term je & last2 smua bergantung pd market tentukan arah mana dia nk pegi.
 
:)paid Gap pun dah nak tutup tu. Cuma teknik aku takde signal lagi kat thheavy ni. Mmg dalam watchlist aku, sebab aku pemegang share masa harga 40 - 30 sen dulu. Rugi banyak masa jual, tapi dah teknik aku macam tu, let go gak. Stock O&G ni mmg sentiasa ade potensi. Cuma tunggu masa dan peluang. Harga minyak pun dah stuck kat situ je. :D

Thheavy dah nyala lum signal tuan...sambil2 tu dah 3 kali keluar masuk...

Cuma tadi que buy 20.0 xdapat..lambat que...so terlepas...
 
bolehlah bagi tips utk saham yang murah-murah tu?..cara trade guna local banks..lagipun 1lot sekarang 100 saham jer..:D
 
Thheavy dah nyala lum signal tuan...sambil2 tu dah 3 kali keluar masuk...

Cuma tadi que buy 20.0 xdapat..lambat que...so terlepas...

Tahniah bro sbb dah untung dengan Thheavy ni. Boleh la start tgk2 Thheavy ni tiap2 hari. Volume dah start masuk. Aku biasa tunggu stock naik atas 30 sen baru masuk kalau kena signal. Masa tu pergerakkan harga mudah sikit nak tgk compare harga masih bawah 30 sen.
 
Hari minggu biasanya lepas aku tgk2 saham2 untuk masuk watchlist Isnin ni, aku luangkan masa dengan baca2 buku berkaitan saham. Salah satu buku yang aku baru baca, diterangkan kesilapan demi kesilapan yang sering dilakukan para pelabur.

Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh pelabur yang baru ialah: Menyangka bahawa pasaran saham adalah tempat yang mudah untuk menjana pendapatan.
 
Hari minggu biasanya lepas aku tgk2 saham2 untuk masuk watchlist Isnin ni, aku luangkan masa dengan baca2 buku berkaitan saham. Salah satu buku yang aku baru baca, diterangkan kesilapan demi kesilapan yang sering dilakukan para pelabur.

Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh pelabur yang baru ialah: Menyangka bahawa pasaran saham adalah tempat yang mudah untuk menjana pendapatan.

boleh tuan share tajuk buku-buku yang tuan baca ?
 
boleh tuan share tajuk buku-buku yang tuan baca ?

Jesse livermore, 20 common mistake by kel buther, yg local mcm azizi ali tulis, rakan penulis dia, ape tah nama, aku tak berapa ingat. Razali ridwan punya buku. So far banyak buku local aku beli sebab dulu mula2 aku trade aku ingat buku luar negara tak sesuai untuk trade di Malaysia. Tapi bila baca2 buku local dan luar negara, sebenarnya sama je mana2 market.

Bab teknikal tak penting sangat pun. Aku dulu dah trade forex, mmg teknikal ni kira dah tahap A++ la. Sebut je ape indicator, aku dah boleh tau kegunaanya. Tapi sebenarnya, tak perlu pun semua indicator2 yang serabut2 ni.

Kebanyakkan buku, kalau buat rumusan, yang penting mesti faktor psikologi. Sebab tu sekarang aku selalu baca buku ape saje berkaitan dengan Jesse Livermore tu. Bab teknikal mmg takde sgt pun dalam buku Jesse Livermore, tapi more on psikologi. Bab hidup dia kita abaikan je la, yg penting tahap genius dia dalam dunia trading tu yang kita nak jadikan contoh.

Untuk trade, buat sesimple mungkin. Ade signal, masuk, signal out, keluar. Lepas tu perhatikan market setiap hari tanpa gagal walau pun kita takde position.

" Emotional control is the most essential factor in playing the market. Never lose control of your emotions when the market moves againts you. Don't get too confident over your wins or too despondent over your losses" - Jesse Livermore.
 
Hari ni IPO Alsreit listing.
Tahniah pada sapa yang ade IPO ni. Aku tengok 1 saat punya chart, mmg menarik pergerakkan harga. Ade beberapa peluang untuk masuk pasaran. Tahniah pada yang dah profit 5-10 % pagi ni.

Banyak kat luar sana ebook, seminar2,konon2 ado rahsia membuat duit dengan IPO. Malah aku pernah tengok ebook tentang IPO dijual dengan harga RM 100.

Aku pun tak faham ape yg cuba disampaikan penulis. Yang aku faham, harga RM 100 untuk ebook tu.

Sebab trade IPO ni cukup mudah, asal hari listing harga masih bertahan, mungkin boleh tunggu esok. Kalau harga tutup bawah harga listing, mungkin boleh let go. Semuanya mungkin je.

Contoh Malakof, ramai yang teruja nak dapat sampai sanggup bayar lebih 20 sen untuk setiap unit (ado remiser buat servis ni). Konon2 company strong, semua orang kenal Malakof. Malakof mmg strong, tapi apakah itu syarat utama untuk harga naik pada hari pertama listing? Syarikat2 broker semua bagi target price tinggi. Tengok apa jadi? Syarikat2 broker ni bagi target price bukan untuk harga hari pertama listing, tapi untuk tempoh masa yang telah ditetapkan. Aku pun jarang ambik tau target price yang depa bagi.

Xde sapo pun boleh predict pergerakkan harga IPO sebab corak pembelian dan penjualan belum ada. Golongan pembeli dan penjual pun kita takleh nak tgk lagi kecuali pada hari pertama listing. Takdo sejarah lgsg. Sebab tu ramai trader IPO ni tunggu hari pertama listing, dan baru buat keputusan samada nak hold atau let go unit saham yang ade.
 
Back
Top
Log in Register