wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Bayangkan kalau depa basah kena Hujan apa akan
jadi? Cer bayangkan...cer cer cer......
Datuk Zulkifli Abdullah
dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 11 Mei 2011
Tahniah buat pengarah Logistik PDRM yang baru naik pangkat ni dan belum terlambat rasanya Gomo mengucapkan Tahniah yang tak seberapa ni.
Gomo bukan nak cakap pasal naik pangkat pegawai Polis ataupun mengenai pertukaran jawatan PDRM tetapi lebih kepada kebajikan Anggota Polis yang bertugas di bawah tu.
Isu yang Gomo nak ketengahkan di sini adalah isu mengenai BAJU HUJAN yang di bekalkan pihak Logistik Bukit Aman kepada Anggota dan Pegawai Polis seluruh Malaysia termasuk lah sekali di Sabah dan Sarawak yang mana di bekalkan dengan baju Hujan yang sama.
Gomo perolehi banyak aduan dari anggota dan pegawai Polis yang bertugas di lapangan mengenai Kualiti Baju Hujan PDRM yang di bekalkan kepada mereka. Baju Hujan CAP AYAM yang tiada kualiti dan tidak langsung memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Baju Hujan jenis apa kalau bila waktu hujan kita pakai baju hujan tersebut boleh menyebabkan sampaikan SELUAR DALAM pun BASAH? Kalis Air?
Dulu kualiti Baju Hujan yang di bekalkan adalah amat tinggi kualitinya namun semenjak dua menjak ni lain macam pulak. Dah macam tak nak jaga kebajikan anggota Polis yang bertugas di lapangan. Awat jadi lagu tu PDRM?
Hangpa yang Boss besar besar tu takpa lah duduk kat Pejabat, tu anggota yang di bawah jaga jalan waktu sesak berhujan berpanas tu yang tanggung akibat. Cer try sekali waktu Hujan hangpa pakai baju hujan dok tengah Hujan. Aku nak tengok jugak BASAH ke Tidak SELUAR DALAM tu.
Buat pengarah Logistik yang baru di minta untuk menilai kembali Baju Hujan yang di bekalkan kepada Anggota Polis yang bertugas di lapangan. Depa tu semua nak buat keraja tapi kalau peralatan yang di bekalkan tak berkualiti nak buat kerja apa?
Jangan pertikaikan orang lama bertugas kerana ni zaman 2011 dan semua kena maju ke hadapan dan jangan bila bab kita kata Maju maka boleh di pandang mudah kelengkapan yang sewajarnya di berikan kepada anggota Polis yang bertugas.
BAJU HUJAN TIDAK BERKUALITI!!! Tolong prihatin dengan Anggota yang bertugas di lapangan dan jangan abaikan kebajikan yang sekecil ini. Jika perlu Tamatkan Kontrak pembekal baju hujan yang sedia ada kerana tidak berkualiti.
Kalu ye pun PDRM nak save Budjet jangan lah sampai menyusahkan Anggota Polis di bawah. Mintak dengan Kementerian Dalam Negeri untuk tambah lagi peruntukkan buat PDRM. Kerajaan BN sentiasa membantu PDRM walau apa cara sekalipun.
So Tugas pertama Pengarah Logistik Yang Baru Sila Pastikan BAJU HUJAN Yang Berkualiti Buat Anggota Polis Yang Bertugas Di Lapangan!!!
Psssttt...kesian dengan WPC yang berugas, basah spender depa..he he he