roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
sekadar ingin berfikir sesama kita...
Skolah pintar..wajarkah d laksana kan?
selama ni yg d SBP,MRSM,rancangan khas,primier,skola integrasi etc tu x pintar ker?
or pintar ini merangkumi semua aspek
so
yg di SBP etc tu kira pelajar pandai n bknnya pintar?
atau
wujud klasifikasi pelajar? spt pelajar pintar,pandai,sederhana,n luar bandar?
Adakah dgn wujud skolah ini,maka akan bakal lahir pemimpin2 berwibawa
atau
jadi seperti sufiah?
dan
Apa pula peranan SBP etc sekarang ni?x relevan lagi kah?
Apa pula syarat2 utk menjadi pelajar pintar d skolah pintar ini?
Adakah org art seperti sy juga boleh d kata kan pintar?
Adakah pelajar pintar ini mesti 100% hebat dlm sume aspek?
Sama2 kita bincangkan.
Skolah pintar..wajarkah d laksana kan?
selama ni yg d SBP,MRSM,rancangan khas,primier,skola integrasi etc tu x pintar ker?
or pintar ini merangkumi semua aspek
so
yg di SBP etc tu kira pelajar pandai n bknnya pintar?
atau
wujud klasifikasi pelajar? spt pelajar pintar,pandai,sederhana,n luar bandar?
Adakah dgn wujud skolah ini,maka akan bakal lahir pemimpin2 berwibawa
atau
jadi seperti sufiah?
dan
Apa pula peranan SBP etc sekarang ni?x relevan lagi kah?
Apa pula syarat2 utk menjadi pelajar pintar d skolah pintar ini?
Adakah org art seperti sy juga boleh d kata kan pintar?
Adakah pelajar pintar ini mesti 100% hebat dlm sume aspek?
Sama2 kita bincangkan.
Ruang khas pelajar pintar: PM
Oleh Sariha Mohd Ali
[email protected]
![]()
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima kejutan apabila sekumpulan kanak-kanak yang menyertai perkhemahan cuti sekolah Permata Pintar Negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam, menghadiahkan kad ucapan sempena hari jadinya pada 10 Disember ini. Majlis memotong kek hari jadi diadakan disertai kanak-kanak berkenaan dan Datuk Seri Najib Razak kemudian menyuapkan kek berkenaan ke mulut isterinya.
Najib percaya kecerdasan kognitif perlu proses pembelajaran berbeza
BANGI: Datuk Seri Najib Razak berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan ruang pembelajaran khas untuk pelajar pintar luar biasa kerana kecerdasan kognitif mereka memerlukan proses pembelajaran yang berbeza berbanding pelajar lain.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengakui tidak menyediakan kemudahan untuk pelajar pintar, tetapi menyediakan kelas untuk pelajar biasa dan sekolah pendidikan khas untuk pelajar kurang upaya seperti cacat penglihatan, bermasalah pendengaran, pelajar autistik, sindrom down dan kecacatan lain.
"Selain sekolah biasa, kita mengambil kira keperluan pelajar cacat tetapi kita lupa sekumpulan pelajar pintar daripada dalam golongan luar biasa yang memerlukan proses pengajaran unik mengikut kemampuan mereka.
"Ia perlu diwujudkan kerana cara mereka berfikir, belajar dan membaca, berbeza dengan pelajar biasa. Malah, di negara maju dan sedang membangun menyediakan program ini kepada pelajar pintar mereka.
"Jika kita asah bakat dan kembangkan secara saintifik, akan lahir generasi Malaysia yang lebih berkemampuan tinggi. Kita tahu pelajar pintar ini memerlukan pembentukan secara komprehensif, termasuk teknik pengajarannya berlainan kerana mereka mudah bosan," katanya ketika merasmikan Perkhemahan Cuti Sekolah Permatapintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam .
Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program berkenaan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Sebelum itu, Perdana Menteri melakukan majlis pecah tanah Kompleks Permatapintar Negara dan menanam kapsul masa Permata Pintar akan dibuka 25 tahun akan datang.
Najib juga berkata, pendidikan untuk pelajar pintar memerlukan pertimbangan emosi dan psikologi mencabar, menyebabkan negara memerlukan pasukan pakar psikologi terlatih luar negara, selain menjalin kerjasama dengan Universiti John Hopkins (UJH) bagi mendapatkan teknik pengajaran terkini di negara lain.
Beliau berkata, pelaksanaan program pelajar pintar mencatat sejarah dan bakal menentukan masa depan negara bagi melahirkan rakyat berkemampuan dalam semua aspek.
"Dalam membentuk tamadun gemilang, tiang serinya adalah proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan masyarakat berteraskan ilmu dan ini selaras hasrat menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi," katanya.
Najib berkata, kerajaan akan memberi kelulusan dan peruntukan kepada program itu dan berharap ia diterus dan diperhebatkan berikutan kapasiti pelajar di sekolah pintar bertambah daripada 150 orang awal tahun depan kepada 300 pelajar.
Berita Harian