BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekolah Pintar

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
sekadar ingin berfikir sesama kita...

Skolah pintar..wajarkah d laksana kan?

selama ni yg d SBP,MRSM,rancangan khas,primier,skola integrasi etc tu x pintar ker?

or pintar ini merangkumi semua aspek

so

yg di SBP etc tu kira pelajar pandai n bknnya pintar?

atau

wujud klasifikasi pelajar? spt pelajar pintar,pandai,sederhana,n luar bandar?

Adakah dgn wujud skolah ini,maka akan bakal lahir pemimpin2 berwibawa

atau

jadi seperti sufiah?

dan

Apa pula peranan SBP etc sekarang ni?x relevan lagi kah?

Apa pula syarat2 utk menjadi pelajar pintar d skolah pintar ini?

Adakah org art seperti sy juga boleh d kata kan pintar?

Adakah pelajar pintar ini mesti 100% hebat dlm sume aspek?

Sama2 kita bincangkan.

Ruang khas pelajar pintar: PM

Oleh Sariha Mohd Ali
[email protected]

mainpix

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima kejutan apabila sekumpulan kanak-kanak yang menyertai perkhemahan cuti sekolah Permata Pintar Negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam, menghadiahkan kad ucapan sempena hari jadinya pada 10 Disember ini. Majlis memotong kek hari jadi diadakan disertai kanak-kanak berkenaan dan Datuk Seri Najib Razak kemudian menyuapkan kek berkenaan ke mulut isterinya.


Najib percaya kecerdasan kognitif perlu proses pembelajaran berbeza

BANGI: Datuk Seri Najib Razak berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan ruang pembelajaran khas untuk pelajar pintar luar biasa kerana kecerdasan kognitif mereka memerlukan proses pembelajaran yang berbeza berbanding pelajar lain.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mengakui tidak menyediakan kemudahan untuk pelajar pintar, tetapi menyediakan kelas untuk pelajar biasa dan sekolah pendidikan khas untuk pelajar kurang upaya seperti cacat penglihatan, bermasalah pendengaran, pelajar autistik, sindrom down dan kecacatan lain.

"Selain sekolah biasa, kita mengambil kira keperluan pelajar cacat tetapi kita lupa sekumpulan pelajar pintar daripada dalam golongan luar biasa yang memerlukan proses pengajaran unik mengikut kemampuan mereka.

"Ia perlu diwujudkan kerana cara mereka berfikir, belajar dan membaca, berbeza dengan pelajar biasa. Malah, di negara maju dan sedang membangun menyediakan program ini kepada pelajar pintar mereka.

"Jika kita asah bakat dan kembangkan secara saintifik, akan lahir generasi Malaysia yang lebih berkemampuan tinggi. Kita tahu pelajar pintar ini memerlukan pembentukan secara komprehensif, termasuk teknik pengajarannya berlainan kerana mereka mudah bosan," katanya ketika merasmikan Perkhemahan Cuti Sekolah Permatapintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam .

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program berkenaan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Sebelum itu, Perdana Menteri melakukan majlis pecah tanah Kompleks Permatapintar Negara dan menanam kapsul masa Permata Pintar akan dibuka 25 tahun akan datang.

Najib juga berkata, pendidikan untuk pelajar pintar memerlukan pertimbangan emosi dan psikologi mencabar, menyebabkan negara memerlukan pasukan pakar psikologi terlatih luar negara, selain menjalin kerjasama dengan Universiti John Hopkins (UJH) bagi mendapatkan teknik pengajaran terkini di negara lain.

Beliau berkata, pelaksanaan program pelajar pintar mencatat sejarah dan bakal menentukan masa depan negara bagi melahirkan rakyat berkemampuan dalam semua aspek.

"Dalam membentuk tamadun gemilang, tiang serinya adalah proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan masyarakat berteraskan ilmu dan ini selaras hasrat menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan memberi kelulusan dan peruntukan kepada program itu dan berharap ia diterus dan diperhebatkan berikutan kapasiti pelajar di sekolah pintar bertambah daripada 150 orang awal tahun depan kepada 300 pelajar.

Berita Harian
 
untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di malaysia,sekolah pintar mmg perlu dilaksanakan biarpun ada pro dan kontra dalam isu ini..


kementerian berwajib seharusnye lebih pandang ke hadapan tentang perkara ini dan kajian menyeluruh dari segala aspek perlu utk memastikan sekolah pintar ini akan berjaya bukan sekadar di awal penubuhan tetapi juga berterusan..

mewujudkan sekolah pintar bukan bermakna pelajar yg lemah di anaktirikan tetapi utk memastikan kemajuan dalam pelbagai bidang dan memastikan negara malaysia mampu bersaing dengan dunia luar..pelajar lemah juga boleh di bentuk jika sistem pembelajaran yg efisien dapat di jalankan di semua peringkat..


dari aspek pembelajaran pula,bukan hanya pendidikan akademik saje perlu di tekankan,malah pelajaran agama juga patut menjadi salah satu teras supaya kejadian yg berlaku pada sufiah tidak menjadi 'impian' bg pelajar bijak yg lain..

dan seharusnye,pemantauan terhadap pelajar2 pintar ini berkekalan sehingga mereka menghabiskan pelajaran di peringkat tertinggi dan seterusnye dapat membantu negara dalam pengkhususan masing masing..

di masa hadapan,bukan seorg dua sahaja pelajar bijak seperti adiputra yg dapat di ketengahkan,malah,diharapkan beratus atau beribu genius dapat kita banggakan kelak..
 
hope ramai adiputra ok.

tp ape plak gune SBP sume tu?

sbb kdg2 si pintar ni bkn sume bernasib baik..so cmne kementrian pandang hal nie

maksud aku,myb ada dari famly susah duduk kt luar bandar..pendidikan terabai
 
hope ramai adiputra ok.

tp ape plak gune SBP sume tu?

sbb kdg2 si pintar ni bkn sume bernasib baik..so cmne kementrian pandang hal nie

maksud aku,myb ada dari famly susah duduk kt luar bandar..pendidikan terabai

pada pandangan aku,sistem pembelajaran di malaysia dah x seimbang,mcm ada pihak yg lepas tangan..

SBP seperti sudah kurang sengatnye..

rombakan amatlah perlu dilakukan segera,kementerian pelajaran seharusnye lebih banyak merangka proses pembelajaran yg lebih berkesan dan efektif..

juga,assign mereka yg berpengalamn sebagai pengajar turun padang ke semua tempat termasuklah luar bandar utk pastikan ada pemantauan dan jika ada yg menepati specs sebagai genius,. pelajar genius patut di beri peluang,tempat dan pertolongan sewajarnya.

semestinya ini akan membuka mata semua pihak bahawa masih ada banyak lagi pelajar genius(bukan sekadar bijak) di kawasan luar bandar.(biar segenius manapun seseorg itu,kalau x di pupuk dari kecil,tidak di beri pemantauan secukupnye dan hanya di biarkan terus menrus,mereka inilah yg akan di ambil kesempatan oleh pihak yg x berwajib utk menjadi pakar dalam bidang yg menyalahi undang2)

golongan cikgu adalah pihak yg paling utama kementerian pelajaran perlu memberi panduan dan tugas sebagai pemantau prestasi pelajar di sekolah,para cikgu yg dah di lengkapkan dengan kemahiran mengenal ciri2 plajar genius inilah yg akan membantu pelajar2 ini supaya dapat di ketengahkan..


tetapi,semua ini xkan mampu utk dilaksanakan jika sekolah2 di pedalaman tidak di beri perhatian menyeluruh..biarpun kurang didedahkan ,kita sedia maklum banyak lagi pelajar yg kita sendiri tidak tahu kemampuan mereka dinafikan hak mereka sebagai bakal para pemimpin ataupun genius berharga bg negara dengan tiadanye peruntukan,sistem,sikap lepas tangan wakil pemimpin sesuatu kawasan dan pelbagai lagi masalh birokrasi yg perlu dilalui utk mendapatkan ilmu.

sesungguhnye,pihak media juge sepatutnye:

menyiar dan memberitahu secara tidak langsung tentang keadaan sebenar persekolahan di luar atau pinggir bandar utk menyedarkan lagi para pemimpin yg leka dengan sistem pembelajaran di kawasan sendiri.

memberi semangat atau aspiration dengan menyiarkan pencapaian pelajar2 genius sedia ada supaya dapat membentuk lebih ramai lagi pelajar utk lebih berpretasi dlam pelajaran.

menerbitkan lebih banyak rencana percuma utk para pelajar mendapat lebih ilmu tanpa pergi ke kelas tuisyen berbayar.
 
tp mampu ker 300 yg d bentuk tu benar2 berjaya?benar2 capai target?benar2 boleh jadi sesuatu kelak?
 
hope ramai adiputra ok.

tp ape plak gune SBP sume tu?

sbb kdg2 si pintar ni bkn sume bernasib baik..so cmne kementrian pandang hal nie

maksud aku,myb ada dari famly susah duduk kt luar bandar..pendidikan terabai

Betul...kan elok majukan sekolah2 yang diluar bandar tu...
 
tp mampu ker 300 yg d bentuk tu benar2 berjaya?benar2 capai target?benar2 boleh jadi sesuatu kelak?

betol tu....adakah program ni akn betol2 berjaya...ke cara ni dia org nk buat nama???
 
skola integrasi lak cmne?bkn ke skola tu pn mcm utk dak2 pandai?x paham aku sistem skrg.
 
sekolah2 begini memang patut ditingkatkan kuantitinya....

jangan kita labelkan sekolah itu adalah budak2 pandai....

sekolah itu budak2 tak pandai.....

pada saya semua sekolah adalah sama shj....

cuma, kewujudan sekolah2 ini adalah lebih bagus...

kerana kelayakan untuk bersekolah di sekolah sebegini adalah tinggi...

berbeza dengan sekolah2 biasa, yang mana spesifikasi kelayakannya tidak ditetapkan terlalu tinggi....

so, janganlah kita labelkan sekolah ini budak2 pandai, sekolah itu budak2 tak pandai....

kerana pandai atau tidak pandainya seseorang tidak patut diletakkan pada keputusan peperiksaan semata-mata....

kita harus memandang pelbagai aspek yang lain bagi menilai kepandaian seseorang.....
 
mwejudkan sekolah pintar ni adalah sangat bagus cuma jangan sekolah ni sok sok dibuat khas untuk anak2 orang kaya atau berkepentingan sahaja.. seperti asrama sekrang ni.. dah banyak salah dari betulnya...
 
Back
Top
Log in Register