BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM ingatkan henti guna isu kaum tarik sokongan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

PM ingatkan henti guna isu kaum tarik sokongan​

97b184f5-cfc0-40ea-ac74-a765c10f2291-anwar-ibrahim-bernamapic-200926.jpg

Anwar Ibrahim berkata, masuk hampir 70 tahun merdeka, Malaysia perlu tampil sebagai negara yang tumbuh dengan kekuatan pelbagai kaum, tidak kira siapa pimpin negara. (Gambar Bernama)

Taktik itu, katanya, sering digunakan jika parti politik berada dalam keadaan terdesak, terutama ketika berlaku dinamika politik yang tidak menguntungkan mereka.

“Kemudian politiknya simpang-siur, gaduh-gaduh. Bila dah gaduh, semua tarik sokongan, guna isu kaum. Bila terdesak, guna lagi isu kaum,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Malaysia kali ke-41 di Kota Syahbandar, Melaka, malam ini, lapor Bernama.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Salhah Salleh.

Anwar berkata, Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 69 tahun lepas dan isu perkauman seharusnya tidak lagi menjadi keutamaan mana-mana masyarakat yang tinggal di negara ini.

Masuk hampir 70 tahun kemerdekaan negara, katanya, Malaysia perlu tampil sebagai negara yang tumbuh dengan kekuatan pelbagai kaum tidak kira siapa yang memimpin negara.

“Ucapan malam ini lebih kepada rayuan. Rayuan supaya kita kembali dengan kekuatan. Setiap suara dikira. Untuk survival kita. Tak habis lagikah, bincang, gaduh. Negeri siapa? Negeri kita.

“(Di tahun) 40an, 50an, saya faham. (Negara) baru nak merdeka, masing-masing bicara soal ‘survival’ kaum mereka. 60an ya, (Malaysia merupakan) negeri baru,” katanya.

Beliau menambah, sekarang semua suara harus bercakap soal kelangsungan masa depan Malaysia sebagai satu negara yang bersatu.

“Siapa sahaja diberi mandat, siapa sahaja disokong, mesti janji menjaga rakyat, menjaga negara, menjaga masa depan anak-anak kita sebagai satu negara,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register