BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Umum Tarik Sokongan Terhadap Pentadbiran Kerajaan Melaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

PH Umum Tarik Sokongan Terhadap Pentadbiran Kerajaan Melaka​

3fe277c2ff4af1f388cb1245fc25eac26360ec37dd1c8


Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan gabungan itu menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH melibatkan empat daripada DAP dan satu wakil Amanah akan melepaskan semua jawatan disandang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata tindakan itu ekoran bantahan terhadap Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 bagi membolehkan pelantikan tidak melebihi tujuh ADUN secara lantikan yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini yang bercanggah dengan pendirian DAP Melaka.

“Bermakna semua wakil rakyat daripada PH menolak enakmen berkenaan termasuk Allex Seah (ADUN Kesidang) selaku Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

“Maka, untuk mengikut prinsip demokrasi (yang diamalkan dalam) Dewan, kita akan keluar daripada (pentadbiran) kerajaan Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

ADUN DAP yang lain ialah Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Leng Chau Yen (Banda Hilir); dan Timbalan Speaker DUN Melaka Kerk Chee Yee (Ayer Keroh).

Wakil tunggal Amanah pula ialah ADUN Bukit Katil Adly Zahari, namun beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Khoo berkata sebagai anggota parti yang bertanggungjawab, mana-mana ADUN yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak seharusnya menolak sebarang usul yang dikemukakan dalam sidang DUN.

Namun, katanya, langkah sebaliknya diambil oleh wakil DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus menyaksikan empat ADUN berkenaan dilihat tidak lagi menyokong kerajaan semasa.

 
drama je lebih..dah melingkup ke lubang taik kat johor...
 
Back
Top
Log in Register