afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PH Melaka sah 5 Adun tarik diri dari kerajaan negeri
Pakatan Harapan (PH) Melaka diwakili lima Adun yang kini berada di blok pembangkang. (Gambar Bernama)
Mesyuarat gabungan itu turut memutuskan semua ahli majlis dan anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daripada PH akan melepaskan jawatan masing-masing berkuat kuasa 31 Julai.
PH Melaka berkata keputusan penarikan diri itu dimuktamadkan dalam mesyuarat kepimpinan gabungan berkenaan bersama semua Adunnya hari ini selepas menegaskan pendirian menolak pindaan tersebut.
Menurutnya, tindakan itu selaras dengan prinsip dan amalan demokrasi yang dipegang PH.
“Apabila seseorang exco atau Adun daripada kerajaan negeri tidak lagi menyokong sesuatu usul oleh kerajaan negeri di dalam DUN, adalah tidak layak lagi bagi exco atau Adun tersebut menerima keistimewaan dan kemudahan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.
Mereka adalah Adly Zahari (Bukit Katil), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Leng Chau Yen (Banda Hilir).
Allex turut melepaskan jawatan exco pembangunan usahawan, koperasi dan hal ehwal pengguna negeri dan Kerk pula meletak jawatan timbalan speaker.
Low dan Leng meletak jawatan timbalan exco.
Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong dan Pengerusi Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat.