combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sekolah Padat: 29 Projek Kabin, Dewan Serba Guna Bernilai RM34.2 Juta Di Perak Siap Dis Ini
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika hadir mengadakan Lawatan ke Tapak Projek Pembinaan Bangunan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Samudera hari ini.
Turut sama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Zamri Mat Kasim.
Sebanyak 29 projek kelas kabin dan dewan serba guna terbuka di Perak bernilai RM34.2 juta dijangka siap Disember ini bagi mendepani isu kepadatan pelajar di sekolah tahun depan berikutan peningkatan jumlah murid tahun satu.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata daripada jumlah tersebut, 25 projek berstatus dalam pembinaan, manakala empat lagi dalam perancangan.
Beliau berkata kelas dalam bentuk kabin dan dewan serba guna terbuka untuk keperluan kelas tambahan bagi membantu menyokong kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun pada sesi persekolahan 2027.
"Jadi kita perlu menyediakan dengan pantas, siap Disember ini. Kebanyakannya guna Sistem Pratuang Modular (MPS), sekolah modular berbentuk kabin tetapi lengkap, kukuh dan berkualiti," katanya pada sidang media selepas meninjau projek pembinaan bangunan prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Samudera di sini hari ini.
Beliau berkata keselamatan murid serta pelajar sekolah adalah terjamin meskipun setiap projek yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) itu akan disiapkan secepat mungkin.
Ahmad berkata kejayaan sesebuah projek dapat disiapkan awal adalah bersandarkan kepada pengurusan projek dan kewangan yang baik, sambil memberi contoh China yang mampu menyiapkan bangunan 10 tingkat dalam masa 28 jam 45 minit serta kukuh daripada kejadian gempa bumi.
"Oleh itu dengan teknologi yang ada sekarang, bangunan boleh disiapkan awal tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatan," katanya.
Berkaitan lawatannya hari ini, beliau berkata prasekolah itu siap dibina dengan dua bilik darjah, satu bilik ruang makan, bilik penyediaan makanan, bilik suis, bilik utiliti, tandas guru, tandas murid, ruang wuduk, laluan pejalan kaki berbumbung dan taman permainan membabitkan kos RM2.29 juta yang siap 53 hari awal dari tarikh jangkaan siap.
"Kita berharap lebih banyak projek ahead of time (lebih awal) yang menjadi keutamaan JKR (Jabatan Kerja Raya) sekarang kerana kita tidak mahu melewat-lewatkan masa.