BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKR Sarawak Serah Dua Projek Sekolah Bernilai RM100 Juta Di Bintulu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JKR Sarawak Serah Dua Projek Sekolah Bernilai RM100 Juta Di Bintulu​

37c86e1e89839f2b6c297b938666c4996a295a2a42fdb

a69b81ffde78817135f1ff469e7f22ec6a295a412efe9

ad94e602c3ebe9463bd6a9f9d0577e566a295a598066a

Kredit: FB JKR Sarawak

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyerahkan dua projek sekolah baharu di sini bernilai lebih RM100 juta kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh kemudahan pendidikan di kawasan pesat membangun di bahagian ini.

JKR Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan projek terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Samalaju bernilai RM57.62 juta dan Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad Bintulu bernilai RM42.74 juta.

“SMK Samalaju yang dibina Empayar Setia Sdn Bhd dilengkapi 36 bilik darjah, 24 unit kuarters guru, dua blok asrama dan pelbagai kemudahan sokongan bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa.

“Pembinaan sekolah ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti Samalaju yang berkembang pesat sebagai hab ekonomi dan perindustrian utama di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan SK Orang Kaya Mohammad Bintulu yang dilaksanakan EPR (Kuching) Sdn Bhd dibangunkan di tapak baharu dengan kemudahan moden dan lebih lengkap bagi meningkatkan keselesaan serta kualiti pembelajaran.

“Sekolah yang ditubuhkan pada 1912 itu kini beroperasi dalam bangunan baharu yang menawarkan persekitaran pembelajaran lebih kondusif kepada warga sekolah,” katanya.

Menurut JKR Sarawak, kejayaan menyiapkan kedua-dua projek mencerminkan kerjasama erat antara KPM, JKR Sarawak selaku agensi pelaksana, kontraktor, perunding dan agensi teknikal berkaitan meskipun berdepan cabaran termasuk pandemik COVID-19 serta peningkatan kos bahan binaan.

 
Back
Top
Log in Register