BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Labuan Waterfront RM38 Juta Akan Dibangunkan Di Dua Lokasi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Projek Labuan Waterfront RM38 Juta Akan Dibangunkan Di Dua Lokasi​

3dfa133f00e6a739fa656b87134dd9826a91ae7d43b06

Muhammad Azmi Mohd Zain

Projek Pembangunan Labuan Waterfront Fasa Satu bernilai RM38 juta yang pada asalnya diluluskan untuk dilaksanakan di sepanjang Victoria Harbour Beach di tapak bekas pasar basah di pusat bandar Labuan, akan merangkumi dua projek.

Projek berkenaan akan diperluas ke pesisir pantai Nagalang.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata komponen Nagalang akan memberi tumpuan kepada pelancongan eko dan pembangunan rekreasi.

Jelasnya, ia akan melengkapi projek pesisiran air di pusat bandar berkenaan.

Beliau memberitahu cadangan pembahagian kepada dua lokasi itu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan kini berada pada peringkat akhir untuk dibuat keputusan.

"Skop dan objektif di Victoria Harbour Beach yang asal kekal tidak berubah. Tiada penebusgunaan (tanah) akan dilakukan kerana ini akan memerlukan peruntukan yang jauh lebih tinggi," kata Muhammad Azmi.

Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bernilai RM38 juta bagi tujuan projek berkenaan sewaktu pembentangan Belanjawan 2026.

Pembangunan itu pada asalnya dirancang di sepanjang Victoria Harbour Beach iaitu di tapak bekas pasar basah di pusat bandar pulau bebas cukai ini.

 
Back
Top
Log in Register