combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
20 Pendatang Asing Ditahan Dalam Serbuan Di Enam Lokasi Di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 20 pendatang tanpa izin dalam serbuan di enam lokasi di sini pada semalam dan hari ini.
Pengarah Imigresen Labuan Mohd Redzuan Nawi berkata serbuan menerusi Ops Mahir, Ops Kutip dan Ops Bersepadu itu dijalankan di pelbagai lokasi termasuk kawasan penempatan dan tapak pembinaan yang disyaki didiami pendatang tanpa izin.
Beliau berkata operasi dijalankan bermula dari 3.30 petang hingga 6 petang semalam dan 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi tadi disertai 23 pegawai imigresen, enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta 12 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Kesemua 20 individu ditahan adalah hasil pemeriksaan terhadap 215 individu. Mereka terdiri daripada 10 lelaki warga Indonesia serta enam lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki rakyat Filipina,” katanya.
Mohd Redzuan berkata dua notis saman turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan manakala kesemua pendatang tanpa izin itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.