BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

14 Projek KPM Di Terengganu Bernilai RM34 Juta Siap Lebih Awal - Ahmad Maslan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

14 Projek KPM Di Terengganu Bernilai RM34 Juta Siap Lebih Awal - Ahmad Maslan​

3c416aa1da10182d306063497b3eff486a82a788015e1

24bc107eb3f78d89f211e9aa97d664f76a82a7c37a5b2

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tiga, kanan) bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) menyaksikan Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual atau "Ahead on Time" (AOT) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SMK Tok Jembal hari ini.

Sebanyak 14 projek bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Terengganu bernilai RM34 juta berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau berkata pencapaian itu sebahagian daripada usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan di negeri berkenaan dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan atau lebih awal.

“Untuk makluman, keseluruhan projek Kementerian Pendidikan di negeri Terengganu yang diselenggara dan diurus oleh JKR pada tahun ini berjumlah 111 projek dengan nilai keseluruhan RM302 juta. Kita sedang berusaha memastikan keseluruhan 111 projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual oleh JKR Negeri Terengganu kepada Kementerian Pendidikan, yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal, di sini hari ini.

Ahmad berkata antara usaha utama JKR melibatkan penyelenggaraan fasiliti bangunan pendidikan serta pembinaan bangunan pendidikan bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat digunakan mengikut keperluan.

Penggunaan kaedah modular dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) menjadi antara faktor utama yang membolehkan projek berkenaan disiapkan lebih awal.

“Selain itu, ia turut disebabkan kecekapan pegawai-pegawai JKR pada peringkat daerah, negeri dan pusat yang memastikan segala projek untuk kepentingan rakyat dapat dilaksanakan dengan baik. Sekolah akan dibuka pada awal tahun depan, maka segala kerja perlu disiapkan pada tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata faktor ketiga adalah pemilihan kontraktor yang mempunyai rekod prestasi baik bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual.

“Kita tidak memilih kontraktor yang bermasalah. Itu antara tiga punca utama projek dapat disiapkan lebih awal,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register