BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Infrastruktur Sekolah Bagi Kemasukan Murid Tahun Satu Usia Enam Tahun Siap Lebih Awal

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Projek Infrastruktur Sekolah Bagi Kemasukan Murid Tahun Satu Usia Enam Tahun Siap Lebih Awal​

025d0caef7f3c301d28bed62f9d30f916a68218fc57ac

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Turut sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad DahlanAbdul Aziz.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebahagian besar projek infrastruktur bagi menyokong kemasukan murid tahun satu berusia enam tahun pada sesi persekolahan 2027  disiapkan lebih awal daripada jadual, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata pencapaian itu hasil komitmen semua pihak yang bertungkus lumus memastikan kemudahan sekolah berada pada tahap terbaik sebelum sesi persekolahan bermula.

“Dalam persiapan kita, khususnya persiapan infrastruktur untuk menerima kehadiran anak-anak berusia enam tahun pada tahun hadapan, projek telah pun ada yang siap ahead of time (lebih awal), bermakna jauh lebih awal daripada jadual," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Fadhlina berkata selain infrastruktur, pihaknya turut membuat persiapan rapi melibatkan penempatan guru dan keperluan lain berdasarkan unjuran kemasukan murid bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Bagaimanapun, beliau berkata KPM masih menerima pertanyaan serta permohonan pendaftaran daripada ibu bapa walaupun proses perancangan bagi sesi persekolahan tahun depan sedang dimuktamadkan.

"Persiapan kita melibatkan guru dan sebagainya dibuat berdasarkan unjuran yang telah ditetapkan. Namun, sehingga semalam, kita masih lagi menerima pertanyaan dan pendaftaran untuk anak-anak berusia enam tahun ini,” katanya.

Beliau berkata sambutan yang berterusan itu menunjukkan ibu bapa semakin yakin terhadap pelaksanaan dasar berkenaan serta memberikan kepercayaan kepada KPM untuk menguruskan pelaksanaannya.

Terdahulu Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh memberitahu Dewan Rakyat antara persiapan KPM bagi kemasukan dua kohort murid tahun satu pada 2027, termasuk membina 2,596 bilik darjah baharu dan mengambil 3,150 guru secara kontrak perkhidmatan (COS) berdasarkan jumlah pendaftaran semasa.

Beliau berkata KPM menerima 73,386 permohonan pendaftaran tahun satu bagi kanak-kanak usia enam tahun untuk sesi persekolahan 2027, manakala jumlah kanak-kanak umur tujuh tahun ialah seramai 405,033 orang.

 
Back
Top
Log in Register