BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Pelebaran Lorong BESRAYA Siap, Dibuka Isnin Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Projek Pelebaran Lorong BESRAYA Siap, Dibuka Isnin Ini​

f3d8a3727aea9ca5ddb523d2972169916a9b7c8cb4644


Projek pelebaran lorong susur sepanjang 400 meter berhampiran Persimpangan Seri Kembangan (arah Selatan) di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) kini siap dan akan dibuka kepada trafik bermula Isnin ini.

Berikutan itu, pengguna Lebuhraya BESRAYA dari Kuala Lumpur menuju ke Balakong dan Putrajaya bakal menikmati perjalanan lebih selesa.

BESRAYA (M) Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan projek bernilai RM5.22 juta itu dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melibatkan laluan dari KM4.2 hingga KM3.8 Lebuhraya BESRAYA (arah selatan).

Projek itu bertujuan meningkatkan kapasiti lorong serta melancarkan pergerakan trafik dari Plaza Tol Mines Selatan ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Balakong dan Putrajaya, khususnya pada waktu puncak.

“Seiring dengan pembukaan ini, laluan tidal dari KM5.3 hingga KM3.8 arah selatan ditamatkan. Penamatan laluan tidal ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan kelancaran aliran trafik di kedua-dua arah.

“BESRAYA terus komited menyediakan rangkaian lebuh raya yang lebih selamat, selesa dan lancar, khususnya bagi pengguna yang menuju ke Balakong dan Putrajaya serta menyokong usaha berterusan memperkukuh jaringan infrastruktur lebuh raya negara,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register