BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SDH Diperluas Ke Pulau Pinang - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
795f5fb5aaebf559fcebb71c2b2d427b69b2a816c4f2f

Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memenuhi keperluan setiap segmen murid, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital, kerana akses kepada pendidikan berkualiti merupakan hak setiap individu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi memastikan murid yang menjalani rawatan tidak tercicir dalam pembelajaran, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan inisiatif Sekolah Dalam Hospital (SDH).

Beliau berkata ketika ini sebanyak 20 program SDH beroperasi di seluruh negara, dengan lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat sejak pelaksanaannya.

“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata usaha berterusan itu turut diterjemahkan melalui pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang memberi penekanan kepada pendidikan inklusif serta kesaksamaan akses.

Program SDH telah dilaksanakan sejak 2011.

 
Back
Top
Log in Register