BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Perlanggaran Feri Tidak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Pulau Pinang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Insiden Perlanggaran Feri Tidak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Pulau Pinang​

1ad3a628bc6e853c02f58f8a23931b776958c43addb77

Wong Hon Wai

Insiden perlanggaran Feri Teluk Bahang dengan sebuah kapal di perairan berhampiran terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dekat Butterworth pada Selasa, tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata kejadian itu, adalah insiden terpencil dan bukan sesuatu yang lazim berlaku.

“Setiap hari banyak feri berulang-alik dan insiden sedemikian amat jarang berlaku,” katanya kepada pemberita pada sidang media Festival Citra Mutiara (FCM) 2026, di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Wong berkata kerajaan negeri prihatin terhadap insiden itu dan mahu siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta kelemahan yang timbul, supaya langkah perlu dapat diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Beliau berkata siasatan itu juga penting, bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kerana feri menjadi antara mod pengangkutan kepada pelancong dan penduduk tempatan yang berulang-alik antara Butterworth dan bahagian pulau.

Susulan insiden itu, Wong berkata operator feri perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengambil langkah berjaga-jaga, bagi memastikan perkhidmatan feri kekal selamat untuk orang ramai.

Beliau berkata perkhidmatan feri lain masih beroperasi seperti biasa dan selamat digunakan, manakala Feri Teluk Bahang dihentikan sementara untuk siasatan lanjut.

Kejadian kira-kira 8.40 malam itu berlaku apabila Feri Teluk Bahang yang dalam perjalanan menuju ke terminal feri PSAH berlanggar dengan kapal MV Mekar Jaya, di perairan Pelabuhan Pulau Pinang.

Kapal MV Mekar Jaya dilaporkan dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam, Butterworth menuju ke Terminal Persiaran Swettenham ketika perlanggaran berlaku, mengakibatkan 21 penumpang feri cedera manakala perkhidmatan feri diteruskan seperti biasa selepas kejadian itu.

 
Back
Top
Log in Register