BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

21 Cedera Dalam Insiden Feri Teluk Bahang Bertembung Kapal Di P. Pinang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
421856-421856.jpg


Penang ferry collides with another vessel, docks safely after

GEORGE TOWN: A Penang ferry travelling from the island to the mainland has collided with another vessel.

The incident at 8.35pm on Tuesday (Sept 1) toppled several motorcycles on board and injured a few passengers.

A passenger, who declined to be named, said the ferry departed from island at 8.30pm.

"It was a hard impact and motorcycles on board fell over.

"Some people sustained light injuries and the ferry proceeded with its journey.

"Police and ambulance were at the scene in Butterworth," he said.

"Upon arriving at the mainland, the ferry turned around and used the rear entrance for passengers to exit," he said.

Authorities have yet to issue official confirmation on the incident, with the extent of damage on the ferry and severity of the victims' injuries unknown.

By LO TERN CHERN
Tuesday, 01 Sep 2026 | 9:44 PM MYT
Kredit ➡️ The Star
 


Feri Teluk Bahang bertembung kapal di Pelabuhan Pulau Pinang, 21 penumpang cedera

[email protected]

Butterworth: Seramai 21 orang cedera selepas feri Teluk Bahang bertembung dengan kapal MV Mekar Jaya di dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang malam ini.

Pihak Berkuasa Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) memaklumkan kejadian berlaku jam 8.40 malam.

Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya yang dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) bertembung dengan feri berkenaan yang sedang menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

Pengerusi PPC, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan tiada lagi mangsa yang berada di PSAH susulan insiden itu.

"Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas disebabkan insiden ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

Yeoh berkata, PPC bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya dilaksanakan kepada penumpang terjejas.

Beliau berkata, keutamaan juga akan diberikan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di pelabuhan itu.


Artikel Harian Metro
 

21 Cedera Dalam Insiden Feri Teluk Bahang Bertembung Kapal Di P. Pinang​

13e087a021a460cab5d89628316b48916a96fa5b460c7

8a54fd1db4c94dd3c92daf9189f2e7606a96fa714e143

kredit: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Bomba & awam

Sebanyak 21 penumpang feri Pulau Pinang dilaporkan mengalami kecederaan selepas feri berkenaan berlanggar dengan sebuah kapal di perairan berhampiran terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di sini malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata pihaknya mengesahkan insiden perlanggaran melibatkan Feri Teluk Bahang dan kapal MV Mekar Jaya telah berlaku dalam had Pelabuhan Pulau Pinang pada 8:40 malam.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya dilaporkan sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

“Insiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal berkenaan dan feri yang sedang dalam perjalanan ke PSAH. Setakat maklumat awal yang diterima, sebanyak 21 penumpang dilaporkan cedera.

“Semua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan tiada lagi mangsa berada di PSAH. Operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan insiden itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yeoh berkata SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan yang diperlukan dapat dilaksanakan berkaitan penumpang yang terlibat serta keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.58 malam sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikerah ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah feri penumpang, Feri Teluk Bahang dan sebuah kapal. Terdapat 92 mangsa termasuk penumpang yang terlibat dalam insiden itu. Berdasarkan maklumat awal, enam mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital,” katanya.

Terdahulu, rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan beberapa motosikal terbalik susulan insiden berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register