BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Feri Lama Pulau Pinang Tidak Akan Kembali Beroperasi, Kekal Sebagai Tarikan Pelancong - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
566a0b8208e13bce56a5cb7bf9f8e8536964c254420a2

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (depan, kiri) meninjau Muzium Feri Pulau Pinang selepas merasmikannya hari ini.

Muzium Feri Pulau Pinang menampilkan sembilan zon pameran utama yang disusun secara berperingkat, membolehkan pengunjung mengikuti perjalanan perkhidmatan feri Pulau Pinang secara menyeluruh.


Tiada sebarang rancangan untuk mengembalikan semula perkhidmatan feri penumpang ikonik Pulau Pinang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata pengoperasian semula feri lama akan berdepan cabaran teknikal berikutan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti dan tidak bersesuaian dengan terminal feri yang baharu.

“Apabila keputusan dibuat sebelum ini untuk beralih kepada feri baharu, terminal juga telah diubah suai, menjadikan terminal sedia ada tidak sesuai untuk feri lama kerana operasinya berbeza sama sekali.

“Jadi, untuk kita menghidupkan semula perkhidmatan feri lama yang ikonik itu, kita perlu membina satu lagi terminal, sesuatu yang mustahil dilakukan pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzium Feri Pulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Loke berkata bagi memelihara warisan tersebut, sebuah feri ikonik telah diubah suai menjadi muzium manakala sebuah lagi diubah menjadi restoran terapung, kedua-duanya akan kekal sebagai produk tarikan pelancong dan tidak akan kembali beroperasi sebagai perkhidmatan penumpang.

Loke turut memaklumkan perkhidmatan feri penumpang sedia ada kini mengendalikan empat feri, yang boleh ditingkatkan kepada maksimum lima seperti termaktub dalam kontrak sekiranya permintaan meningkat.

Mengenai keuntungan, beliau menjelaskan perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak berorentasikan keuntungan kerana kadar tambang dikawal selia oleh kerajaan.

Beliau menegaskan operasi feri tersebut dilaksanakan menerusi model subsidi silang di bawah rancangan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang, sekali gus mewajibkan pematuhan terhadap tanggungjawab perkhidmatan awam, termasuk 12 hari perkhidmatan feri percuma setiap tahun sempena cuti umum dan musim perayaan.

Loke turut menyentuh mengenai rancangan pembangunan semula Tanjung City Marina dan kawasan sekitarnya, termasuk Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) dan Padang Kota Lama, sebagai  kawasan pesisir laut mesra orang awam yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

 
Back
Top
Log in Register