hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Feri Kuala Perlis-Satun kembali beroperasi selepas lima tahun
Kangar: Perkhidmatan feri laluan Kuala Perlis-Satun, Thailand, akan kembali beroperasi selepas lebih lima tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, kerajaan negeri yakin kedua-dua pihak kini bersedia untuk pengoperasian semula perkhidmatan itu selepas segala persiapan dan penyelarasan selesai dilaksanakan.
Katanya, satu simulasi turut diadakan bagi memastikan semua aspek membabitkan operasi, keselamatan dan pematuhan prosedur berada pada tahap terbaik sebelum perkhidmatan berkenaan bermula secara penuh pada Khamis ini.
"Kita mengadakan simulasi feri Kuala Perlis-Satun bagi memastikan semua aspek dapat dipatuhi sebelum mula beroperasi penuh pada Khamis, 9 Julai ini.
"Saya yakin kedua-dua negara juga sudah bersedia untuk pelaksanaan ini," katanya selepas mengikuti simulasi perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Tammalang, Satun, semalam.
Dalam simulasi itu, Abu Bakar turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Gabenor Satun, Nopporn Nupech.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, pada peringkat awal, perkhidmatan itu akan beroperasi dengan kekerapan sekali sehari berikutan keadaan air cetek di Jeti Kuala Perlis yang mengehadkan pergerakan feri.
"Namun, dalam tempoh tiga minggu lagi, sebuah pelantar terapung akan diletakkan di Jeti Kuala Perlis bagi memastikan perkhidmatan feri dapat beroperasi sekiranya air surut.
"Perkhidmatan feri dari Satun ke Kuala Perlis akan bermula pada 9.30 pagi dengan kadar tiket 550 baht, manakala perjalanan dari Kuala Perlis ke Satun pula adalah pada jam 4 petang dengan tambang RM55," katanya.
"Dalam masa sama, kerajaan negeri turut merancang mewujudkan Segenting Kra Triangle Community yang menghubungkan Perlis Geopark, Satun Geopark dan Langkawi Geopark bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan pelancongan.
"Dengan adanya jawatankuasa ini, sektor pelancongan juga akan lebih menarik dan kita akan bekerjasama di antara ketiga-tiga kawasan ini," katanya.