BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Muda Perlis Dimasyhur Canselor Umam Untuk Tempoh Lima Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Raja Muda Perlis Dimasyhur Canselor Umam Untuk Tempoh Lima Tahun​

252b56ad0e53cfea1e8f59ea7bff27496aa7dd75ecc84

kredit : Istana Arau

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) pertama untuk tempoh lima tahun.

Istiadat pemasyhuran di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) di sini menyaksikan penyerahan watikah oleh Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia yang juga Sekretaris Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Profesor Dr Abdul Mu'ti.

Abdul Mu'ti mewakili Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Profesor Haedar Nashir pada istiadat itu.

Dalam titah sempena istiadat pemasyhuran itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap UMAM sentiasa bergerak seiring dengan peningkatan kualiti akademik, integriti penyelidikan, kebajikan mahasiswa dan pembangunan sahsiah.

Baginda bertitah kemajuan sesebuah universiti tidak hanya diukur melalui jumlah pelajar, program atau pencapaian institusi tetapi melalui kualiti lepasan universiti serta manfaat yang disumbangkan kepada masyarakat.

“Sebagai Canselor, saya ingin melihat UMAM melangkah lebih jauh dan memperkukuh bidang penyelidikan yang relevan dengan keperluan semasa, memperluas jaringan antarabangsa serta membina kerjasama strategik dengan universiti Muhammadiyah dan institusi pendidikan tinggi lain di Asia Tenggara,” titah baginda.

Yang turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar UMAM terus memainkan peranan sebagai jambatan persahabatan yang memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

 
Back
Top
Log in Register