BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Muda Perlis Cadang Tiga Teras Utama MARA Hadapi Masa Hadapan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Raja Muda Perlis Cadang Tiga Teras Utama MARA Hadapi Masa Hadapan​

660f3aa883ea38ad73567cababd4f6276a93db5263767

5a06ec02e31e43c5bea39c9a5ee23a676a93dae52df9b

747db6b3b94ed197e7408c6ce0f82cff6a93db03ad075

77e446c049f3fe1a5a09b29d71c207ab6a93db20ecaa2

Kredit : Istana Arau

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mencadangkan tiga teras utama yang perlu menjadi pegangan warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam mengemudi organisasi itu bagi menghadapi masa hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah teras pertama ialah warga MARA perlu berani meneroka dan memanfaatkan teknologi baharu, khususnya kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah.

“MARA bukan sekadar perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tetapi mesti berada di hadapan dalam mencorakkan masa depan,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) XI Perlis 2026 di Dewan 2020 di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Ketua Pengarah MARA Datuk Seri Zulfikri Osman.

Raja Muda Perlis bertitah teras kedua ialah agenda keusahawanan perlu terus diperkasa dengan melahirkan usahawan yang inovatif, berdaya tahan dan berani menembusi pasaran antarabangsa dengan sasaran membina lebih banyak syarikat tempatan yang mampu bersaing dan berdiri gah di pentas dunia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah teras ketiga ialah MARA perlu melahirkan warga yang berani memimpin dan pantas membuat keputusan serta berfikiran strategik, iaitu pemimpin masa hadapan yang bukan sekadar mengikut perubahan tetapi tampil sebagai pencetus dan penggerak transformasi.

Sementara itu, baginda bertitah SUKMAS menjadi platform untuk menyatukan warga MARA, memperkukuh ukhuwah, membina disiplin dan menyemai semangat kesukanan.

“Dengan menghimpunkan warga MARA dari pelbagai negeri, latar belakang dan peranan, sukan menjadi bahasa bersama yang mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan sebagai satu keluarga MARA,” titah baginda.

 
Back
Top
Log in Register