BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawatankuasa Masjid, Surau Diseru Kekal Integriti - Raja Muda Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jawatankuasa Masjid, Surau Diseru Kekal Integriti - Raja Muda Perlis​

6d84906c265ff6b5fc3fe4d461d68efc6a8d414944ae3


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan jawatankuasa masjid dan surau di negeri itu melaksanakan amanah dengan penuh integriti dalam urusan pentadbiran serta sentiasa mengamalkan budaya kerja sistematik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah mereka juga perlu memahami dan menghayati setiap garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Ia bagi memastikan segala urusan masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur serta selaras dengan kehendak syarak dan undang-undang negeri,” titah baginda dalam kenyataan Istana Arau hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan perasmian Program Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Perlis 2026 di Dewan 2020 di sini semalam.

Mengenai program multaqa itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah tahun ini penekanan diberikan kepada tiga perkara utama berkait rapat dengan kehidupan dan urusan masyarakat Islam iaitu Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Perlis, Garis Panduan Bahagian Pengurusan Masjid serta Tatacara Pengurusan Pernikahan dan Peranan Jurunikah di Negeri Perlis.

Raja Muda Perlis berharap program multaqa itu akan menjadi medan untuk memperkukuh tadbir urus institusi masjid dan surau di seluruh negeri khususnya dalam memastikan pengurusan dilaksanakan secara profesional, telus, berintegriti dan responsif terhadap keperluan semasa masyarakat.

“Dalam dunia semakin mencabar hari ini, masyarakat bukan sahaja mengharapkan masjid menjadi tempat beribadah, malah menjadi sebuah institusi yang diurus secara profesional, telus, berintegriti dan responsif terhadap keperluan masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyifatkan multaqa berkenaan sebagai platform rasmi yang penting bagi menyampaikan dasar, polisi dan hala tuju pentadbiran agama di Perlis secara terus kepada seluruh penggerak institusi masjid dan surau.

Baginda menzahirkan kesyukuran apabila penyertaan multaqa tahun ini turut diperluas kepada jawatankuasa surau, selaras dengan peranan kedua-dua institusi itu yang saling melengkapi dalam menyampaikan perkhidmatan keagamaan kepada masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register