BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi Muda Penentu Utama Pilihan Raya Masa Hadapan - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d279314c4fa323f6292053b610c99e9066f7a6f8cc5b9

Tiga pengundi Muhammad Zakwan Danial (kiri), 18, Soh Shan Meng, 22, dan M. Cholavarma, 28, menunjukkan jari mereka yang sudah didakwat selepas selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana hari ini.

Peningkatan bilangan pengundi muda berikutan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik atau Undi 18 telah mengubah landskap asas pilihan raya Malaysia dengan meletakkan golongan itu sebagai kuasa penentu pada pilihan raya akan datang.

Pensyarah sejarah Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Danny Wong berkata pengundi muda akan menjadi penentu pada masa depan disebabkan pendedahan dan akses kepada maklumat politik serta jika sistem pengundian diubah kepada dalam talian.

Justeru, beliau mencadangkan supaya sistem pengundian diubah kepada secara dalam talian dengan ciri keselamatan tambahan bagi mendapatkan sokongan pengundi muda yang semakin meningkat yang dijangkakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Dengan kemunculan teknologi blockchain, ahli politik mungkin mahu mencuba memudahkan pengundi muda melalui pengundian dalam talian,” katanya.

Wong berkata demikian semasa menjadi ahli panel pada pelancaran dan ulasan pakar buku Engaging a Generation: Voting Intention and Political Participation among Malaysian Millennials di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) di sini hari ini.

Wong berkata menurunkan had usia mengundi kepada 18 tahun memperkenalkan generasi yang bukan sahaja lebih muda tetapi juga lebih terdedah kepada platform digital, membolehkan mereka membentuk pandangan politik secara bebas dan tidak bergantung kepada pengaruh tradisional seperti keluarga atau komuniti.

Beliau berkata anjakan ini diperkukuh dengan peningkatan media sosial dan komunikasi digital yang telah menjadi sumber utama maklumat politik golongan pengundi muda, terutamanya generasi milenium dan generasi Z yang lebih berusia.

“Golongan muda Malaysia semakin membuat keputusan berdasarkan maklumat dikumpul secara dalam talian termasuk blog, audio siar (podcast) dan perbincangan media sosial, bukannya mengikut kesetiaan politik yang telah lama wujud.

“Bagaimanapun, kebebasan ini juga menimbulkan ketidakpastian kerana pembuat dasar dan parti politik terus bergelut untuk memahami cara melibatkan diri secara berkesan dengan demografi ini, yang kini membentuk sebahagian besar pengundi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register